VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 09/06/2013

Tuah anak jalanan

KANAK-kanak bernama Tegar Septian, 12, ini melalui dua zaman yang berbeza. Pertama sewaktu bergelar pengemis di jalanan selama hampir lima tahun lalu.

Dan nasibnya berubah selepas bergelar juara di sebuah pertandingan nyanyian di Subang Jawa Barat, Indonesia.

Pertandingan tersebut menjadi platform paling kuat buat anak kelahiran Pemalang ini sehingga berjaya mengubah nasib Tegar secara total. Tegar kini adalah seorang artis.

Dia bukan lagi 'Tegar Pengemis Cilik Subang' atau 'Tegar Anak Pengemis' yang mengharapkan sumbangan orang setiap kali menyanyi sambil bermain gitar.

Berbangga dengan bakat dan populariti sedia ada, kini Tegar tidak lagi perlu merayu belas simpati orang demi satu suap nasi. Dia juga tidak perlu bersusah payah menonjolkan bakat bermain alat muzik dan merayau ke merata tempat.

Ini kerana anak sulung daripada empat beradik ini sedang membina nama dan karier seninya sendiri untuk bersaing dengan barisan bakat baru sedia ada di Indonesia.

Dan yang paling penting kelompok Tegar bukan lagi di jalanan. Tegar sudah ada 'lesen besar' untuk menghiburkan khalayak lebih luas sejak rasmi bergelar penyanyi awal tahun lalu.

Single pertama berjudul Aku Yang Dulu ini yang didendangkan itu cukup dekat dengan dirinya. Lagu yang mengisahkan realiti hidup Tegar menarik minat banyak pihak.

Tegar dibesarkan serba tidak sempurna. Dia tidak sekolah dan ditugaskan oleh ibu, Ratna Dwi Sisi untuk menjaga tiga orang adiknya yang masih kecil.

Disebabkan sikap degil Tegar yang tidak mahu hidup dalam kepompong kemiskinan, Tegar kemudiannya lari dari rumah berbulan lamanya.

Tanpa pengetahuan orang tuanya, Tegar bergaul dengan sekumpulan anak jalanan yang mencari rezeki dengan cara mengemis.

Menerusi pergaulan tanpa mengenal usia itu juga Tegar berlatih menyanyi selain belajar bermain instrumen muzik termasuk piano dan seruling.

Malah dia kemudian pandai belajar menghisap rokok dan menghidu gam. Moral, sikap dan kehidupan Tegar bertukar tanpa kawalan dan pemerhatian khusus daripada orang tua.

Namun begitu Tegar yang lahir pada 19 September 1991 ini kemudiannya 'diselamatkan' oleh seorang lelaki bernama Alfas Hermansyah yang prihatin dengan nasib kanak-kanak itu.

Menyedari Tegar berkebolehan besar dalam dunia nyanyian, Alfas yang mengenali beberapa orang industri akhirnya mendapatkan peluang untuk merakam single pertama Tegar.

Selain itu Alfas turut merebut kesempatan buat Tegar untuk berduet dengan kumpulan popular Netral menerusi lagu berjudul Salahkah Aku Memujamu.

Jadual harian Tegar kini padat dengan jemputan menyanyi serata Indonesia. Wajah Tegar kerap muncul di media cetak dan penyiaran. Dan sama sekali Tegar tidak pernah melupakan asal usulnya sehingga ke hari ini.

"Saya belajar menyanyi sejak berusia empat tahun. Saya pernah ikut ibu mengemis. Dia menyanyi sambil mengemis. Secara tidak langsung, bakat yang saya ada ini diwarisi daripadanya.

"Hidup di jalanan menyebabkan mental saya kuat. Saya semakin mengerti apa yang perlu ada pada kanak-kanak seusia saya iaitu pelajaran.

"Saya mahu bersekolah selain membantu keluarga," katanya yang mempunyai pelbagai versi dendangan jalanan yang telah dimuat naik oleh orang ramai di YouTube.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.