VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 27/05/2013

Pintu Harmonika

Fauzan Nasrul harap filem Pintu Harmonika menjadi perintis untuknya dikenali di Malaysia.

ORANGNYA kacak dan bergaya. Namun kehadiran Fauzan Nasrul Hendra Putra, 23, kurang mendapat perhatian media tempatan berbanding pelakon jelita Luna Maya yang sememangnya dikenali umum.

Namun, dia tetap berada di majlis memperkenalkan filem Pintu Harmonika, arahan Luna Maya bersama Ilya Sigma dan Sigi Wimala yang disiarkan serentak di pawagam Indonesia dan Astro First pada 23 Mei lalu.

Kata pemuda berdarah kacukan Arab-Aceh-Padang itu, dia tidak berkecil hati kerana sedar kedudukannya sebagai artis baharu dan berharap filem Pintu Harmonika mampu mendekatkan dirinya dengan peminat di Malaysia.

Meskipun dia tidak popular seperti Randy Pangalila yang sememangnya dikenali di Malaysia, namun Fauzan yang mudah mesra merupakan salah seorang peneraju utama dalam filem tersebut.

Menurut Fauzan, dia begitu teruja berlakon dalam filem tersebut kerana watak yang dibawa iaitu Rizal berbeza dengan dirinya yang sebenar.

"Rizal seorang yang suka menulis di blog dan twitter. Tidak dinafikan kegemaran itu juga ada pada diri saya. Cuma bezanya antara dia dengan saya adalah status. Saya tidak pernah menipu tentang status. Sebaliknya Rizal menulis status yang bukan dirinya," katanya bila diminta pandangan tentang watak yang dibawa.

Dek kejujurannya itulah, Fauzan tidak teragak-agak mengaku yang dia kini sudah empat bulan menjalin hubungan cinta dengan gadis bernama, Angie.

Tambahnya, untuk melakonkan watak yang bukan diri sendiri agak sukar, tetapi sebagai pelakon, Fauzan memberikan yang terbaik dan berharap Pintu Harmonika mampu memenuhi kehendak penonton.

Kata Fauzan watak Rizal berbeza dengan Samuel yang dilakonkan dalam filem pertamanya, Hattrick arahan Robert Ronny yang diterbitkan pada tahun lalu.

"Sebetulnya saya seorang pemain bola sepak sewaktu di sekolah dahulu dan pernah mewakili daerah. Untuk filem Hattrick saya tidak menghadapi masalah. Tetapi seronok kerana dapat bermain bola sepak sambil bekerja," katanya yang sebelum ini merupakan pekerja pejabat di bahagian inventori.

Fauzan yang banyak mendapat tawaran berlakon drama antaranya, Guru Bohong-Bohongan, Gita Cinta Di STM dan Antara Aku, Kau dan Kerbau berkata, jika diberi pilihan dia ingin melakonkan watak lelaki psiko.

Dia yang mengagumi lakonan Lukman Sardi yang turut berlakon bersamanya dalam filem Hattrick berkata, masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

"Saya masih baru dalam bidang ini, baharu dua tahun. Saya bukan siapa-siapa berbanding rakan artis lain. Saya perlu tingkatkan usaha kerana saya tidak ada latar belakang seni seperti orang lain.

"Setakat ini rezeki saya murah kerana ada sahaja tawaran berlakon. Walaupun sedikit penat tetapi saya suka kerana ramai peminat yang mendukung saya," katanya terus terang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.