VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 30/04/2013

Selepas menjanda

LAGU 5 Tahun Saja merupakan taruhan terbaharu Haida selepas Melodi Hati diterbitkan empat tahun lalu.

HAIDA mula mencipta nama sebagai penyanyi pada tahun 1998 menerusi album yang dirakamkannya berjudul Abadi terbitan syarikat rakaman Abang Klasik Sdn. Bhd. Ketika itu dia bukan sahaja baru berusia 17 tahun tetapi juga masih berstatus belum berkahwin.

Selepas tiga tahun mencipta nama sebagai artis rakaman Haida atau nama sebenarnya Noor Haida Mohd. Idris seakan-akan sepi daripada bidang nyanyian. Kata penyanyi berusia 32 tahun ini sepanjang 12 tahun itu dia tidak muncul dengan sebarang album dan juga publisiti.

Menurut Haida dalam tempoh itu dia turut mengalami pengalaman pahit apabila rumah tangga yang dibinanya musnah dipertengahan jalan. Kini kata anak kelahiran Pelabuhan Klang, Selangor ini adalah waktu paling sesuai untuknya kembali aktif menyanyi.

“Saya tidak salahkan takdir kerana itu semua adalah ketentuan Allah. Saya reda dengan status janda dan ibu tunggal ini yang mana sekarang adalah masa untuk saya memikirkan untuk diri sendiri pula. Inilah masa yang sesuai untuk saya merakamkan album terbaharu saya.

“Walaupun sudah hampir tiga tahun menjadi ibu tunggal tetapi saya juga hidup normal macam orang lain. Saya tidak kisah dengan status janda ataupun rasa rendah diri kerana hidup perlu diteruskan. Bukan semua orang faham dengan masalah kita terutamanya pada masa kita sedang susah.

“Selama 12 tahun tidak ada album baharu saya hanya memenuhi undangan menyanyi di majlis-majlis makan malam anjuran syarikat-syarikat korporat di merata-rata tempat," katanya kepada Hits semasa ditemui di Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Jelas penyanyi yang juga ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Muhammad Al-Hafiz, 8 tahun ini dia berharap para peminat masih mengingati namanya. Apatah lagi, kemunculannya kali ini dengan imej baru yang lebih segar serta semangat yang berkobar-kobar.

Haida antaranya tampil dengan album single terbaharunya bertajuk 5 Tahun Saja yang diterbitkan melalui syarikat miliknya sendiri iaitu Haidahafiz Entertainment pada Mac lalu. Malah, kesemua kos rakaman, promosi dan pemilihan lagu dalam album itu 100 peratus menggunakan duitnya sendiri.

“Sebenarnya ini adalah album single saya yang kedua yang mana empat tahun lalu saya pernah menghasilkan album single pertama bertajuk Melodi Hati. Sayangnya, album itu senyap begitu sahaja kerana kurang publisiti daripada media massa. Tetapi kali ini saya mahu belajar daripada kekurangan dulu.

“Untuk album single terbaharu ini saya sendiri berjumpa dengan komposer dari Indonesia iaitu Panji Sakti bagi mendapatkan lagu 5 Tahun Saja daripadanya. Rakaman album ini juga telah diadakan di Bandung. Urusan promosi di radio dan televisyen juga semua saya lakukan sendiri," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.