VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 28/04/2013

Ingat saya bodohkah? - Afiq Muiz

CERITA mengenai artis tak sebulu dengan pihak pengurusan bukanlah satu perkara yang aneh untuk didengar. Apalagi untuk industri hiburan di Malaysia yang tidaklah sebesar mana ini. Nak dijadikan cerita, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Mimpi Cinderella, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, atau Afiq Muiz baru-baru ini dah terjerat dalam isu bergaduh dengan pihak pengurusan.

Memanglah sekarang dia tidak lagi bernaung di bawah pengurusan itu. Tapi banyak mulut dah menjaja cerita buruk mengenai sikap Afiq.

Didakwa besar kepala satu hal, Afiq juga dikatakan terlalu mengikut kata teman wanitanya, Eina Azman yang juga merupakan seorang pelakon. Sekali gus membelakangkan pengurusannya ketika itu.

Ibarat dah tempah tiket cari nahas dan orang pun dah mula mengata, Afiq tampil memberi penjelasan.

Kecoh satu Malaysia mengenai sikap Afiq yang dikatakan dah besar kepala sejak semakin popular. Apa ceritanya?

Macam inilah... cuba fikir logik, takkanlah saya nak sombong tak tentu pasal. Orang kata saya lupa diri dan besar kepala, rasanya saya masih lagi kenal diri sendiri dan saya bukan seperti apa yang dikatakan.

Perubahan drastik. Khabarnya Afiq dulu tidak begini. Apa masalah antara Afiq dan pihak pengurusan dulu?

Ini semua cerita tak betul. Saya tak pernah bergaduh dengan pihak pengurusan dan saya juga mengundur diri dengan cara baik. Tiada masalah.

Difahamkan Afiq dengan pengurusan dulu tak pernah tandatangan sebarang kontrak. Betul ke?

Ya. Tak pernah wujud sebarang kontrak antara saya dengan mereka. Saya ibarat artis di bawah tempoh percubaan dengan pengurusan itu. Sebab itu bila saya buat keputusan untuk angkat kaki, hal itu tidak menjadi masalah dan tidak sepatutnya ada isu yang timbul kerana tak ada kontrak. Jadi saya sendiri pun tak faham kenapa tiba-tiba keluar isu saya lupa dirilah, besar kepalalah. Macam tak logik.

Afiq juga dituduh selalu mengikut telunjuk dan melebih-lebihkan teman wanita. Yang ini apa pula penjelasan Afiq?

Adakah saya ini bodoh sangat? Bodoh sangat sampai nak kena jadi lelaki lurus bendul ikut sahaja telunjuk teman wanita? Tak perlulah. Saya lelaki dan saya ada pendirian. Kenapa saya perlu dengar cakap perempuan. Satu lagi, saya dengan Eina bukannya pasangan kekasih. Dia cuma kawan biasa saja. Tak ada yang serius di antara kami.

Afiq rasa adakah ini antara cubaan segelintir pihak yang mahu melihat Afiq jatuh? Maksudnya dengan mereka cerita begini?

Kalau nak tahu, saya sekarang sangat-sangat tertekan dengan isu yang timbul. Orang tuduh saya besar kepala, ikut cakap perempuan. Apa ini? Saya tak menolak yang isu ini sengaja direka dan ada orang cuba jatuhkan saya. Jujurnya, kalau saya tahu siapa yang buat cerita macam ini, sekali pun dia datang minta maaf pada saya, ingatlah, saya tak akan maafkan dia!

Amboi... Ini betul-betul simpan dalam hati. Kalau orang minta maaf, maafkan sajalah.

Ini soal maruah. Takkanlah saya nak biarkan saja apa orang cakap dan buat pada saya. Saya malu, Cerita hal peribadi kan? Kalau cerita tentang kerjaya tak apalah. Ini bukan mendatangkan publisiti yang baik untuk saya. Mestilah saya tak suka.

Bagi Afiq, relevan tak bila pihak pengurusan artis masuk campur hal peribadi seseorang artis di bawah naungannya?

Tak relevan langsung. Bagi saya, hal kerja adalah hal kerja. Hal peribadi adalah hal peribadi. Kedua-dua pihak sama ada pengurusan atau artis kena profesional. Saya tak maksudkan cuma saya saja dalam hal ini, pengurusan artis lain pun sama juga.

Dah bergerak sendiri sekarang, Afiq rasa lebih selesa begitu atau bagaimana?

Lebih mudah dan selesa urus segalanya sendiri. Saya tak perlu pening kepala dan orang nak berurusan dengan saya juga mudah. Saya pun memang lebih suka berdikari. Jadi tak ada masalah.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.