VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 21/04/2013

Tak pilih jalan singkat - Amyra Rosli

SAYA rela lambat naik dan kurang dikenali daripada pilih jalan singkat," kata Amyra Rosli, 22, berhubung pilihan yang diambil untuk bergelar anak seni.

Malah heroin drama Cinta dan Wahyu yang merupakan kesinambungan daripada drama Warkah Cinta di TV AlHijrah ini tidak gemar membodek hanya untuk cepat dikenali.

Baginya populariti bukan satu jaminan untuk menempatkan dirinya menjadi artis yang kekal dalam industri.

Tidak menolak dakwaan mengenai segelintir pelakon yang memilih jalan singkat untuk popular dan mendapatkan tawaran lakonan namun Amyra menegaskan perkara itu tidak akan berlaku kepada dirinya.

Ini kerana dia memegang penuh prinsip perjuangan hidup anak seni yang ikhlas berkongsi bakatnya dengan peminat seni tanah air.

“Saya memang suka melihat lakonan bintang filem dan drama televisyen sejak kecil lagi. Disebabkan minat yang mendalam, saya meniru lagak mereka di hadapan cermin.

“Mama (Noor Zaridah Ahmad) yang terlibat dalam industri hiburan kemudian perasan dengan minat saya itu. Dia beri tunjuk ajar dan menjadi rujukan terbaik. Dengan Mama saya belajar apa yang wajar dan tidak wajar dibuat seseorang artis.

“Semua itu dibincangkan secara teliti sebelum saya jadikan lakonan sebagai profesion utama," kata pemegang diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini.

Dia juga menolak kontroversi yang lazimnya digunakan pendatang baru sebagai ‘senjata’ untuk menaikkan nama.

Biarpun kedengaran agak klise tapi bagi anak sulung daripada empat beradik ini perkara disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak wajar dilakukan.

Amyra yang dikenali menerusi drama realiti Jodoh di Astro Ria ini mengakui bahawa dia amat menitik berat soal tingkah laku setiap kali muncul di tempat awam.

Ini kerana Amyra tidak mahu andai ada kelakuannya yang mendatangkan rasa kurang senang memandangkan dia sudah dikenali khalayak.

“Saya mahu jadi orang biasa. Cuma saya risau kalau ada tindakan yang sumbang dan jadi bahan percakapan masyarakat. Itu yang saya tidak mahu," katanya.

Kemboja mengajarku

AMYRA sempat berkongsi pengalaman selama lapan hari menjalani penggambaran Cinta dan Wahyu di tiga perkampungan berlainan yang terletak jauh dari Phnom Penh, Kemboja.

Bersama pelakon Catriona Ross, Adam Corrie dan Imam Muda Nazrul Izwan, mereka bertiga mempelajari sesuatu tentang kehidupan sewaktu berlakon dalam drama arahan Mior Hashim Manap itu.

Tempat tinggalnya yang terletak di Kampung Chanang, Cham dan Channang bukan sahaja jauh malah tiada kemudahan utiliti seperti bekalan elektrik dan air bersih di kawasan itu.

“Memang keadaan sebegitu tidak selesa. Tiada bekalan elektrik dan kemudahan asas lain memang membuatkan saya terkejut.

“Tapi saya menempuhinya juga dan cuba membiasakan diri. Mula-mula perit tapi akhirnya bersyukur kerana kehidupan di tanah air berlipat kali ganda baik dari di sana.

“Apa pun itu adalah pengalaman paling berharga buat diri saya. Saya bermuhasabah diri dan kongsi cerita itu kepada Mama dan adik beradik lain untuk dijadikan teladan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.