VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/04/2013

Kuda pelengkap waktu senggang

MEMILIH untuk menikmati keindahan alam dengan menunggang kuda.

Percaya aktiviti berkuda dapat meningkatkan kecekapannya berfikir, dia juga sempat memberitahu mengapa memilih sukan tersebut.

"Sukan berkuda ini sunnah nabi. Ia juga tidak terlalu berbeza dengan hobi lain, cuma saya memerlukan kuda untuk melengkapkan aktiviti saya," katanya.

Meluangkan masa dua minggu sekali untuk menunggang kuda, Zul berkata, pendapat mengatakan sukan itu untuk golongan tertentu, sama sekali tidak benar.

Menurutnya, sukan itu sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan jika dimulakan di peringkat awal, ia boleh membentuk rasa sayang terhadap haiwan.

"Tiada apa yang mewah mengenai sukan ini, semua orang layak memiliki hobi berkuda ini.

"Ibaratkan kita suka menunggang motosikal, kita juga terpaksa membeli motor dan kelengkapannya. Uniknya sukan berkuda ini, kita sendiri dapat berinteraksi dengan kuda tersebut," katanya yang turut memberitahu dia masih menggunakan kelengkapan menunggang yang sama sejak empat tahun lalu.

Jauh sebelum kewujudan kenderaan, dunia banyak menyaksikan kuda sebagai bahan pengangkutan utama. Namun kini tugas binatang itu semakin kecil dan tidak banyak masyarakat kita memerlukannya lagi. Menjelaskan keadaan itu, menurut Zul selain menjadi pelengkap kepada hobinya, kuda juga masih digunakan dalam sukan polo berkuda.

"Saya menunggang kuda lebih kepada untuk kepuasan diri. Kebanyakan masa saya akan dihabiskan menikmati pemandangan sambil menunggang kuda.

"Namun kita jangan pandang remeh kehebatan haiwan ini yang saya anggap sangat istimewa," katanya.

Senang berinteraksi

Ditanya rahsianya untuk cepat selesa dengan haiwan ini, Zul berkata, tiada yang terlalu sukar untuk mendapatkan keserasian dengan haiwan itu selagi kita menghormatinya.

"Tiada apa yang terlalu sukar untuk belajar menunggang kuda selagi kita mampu mengawalnya.

"Bagi saya, kita dicipta Allah jauh lebih bijak daripada haiwan, jadi kita perlu gunakan kelebihan ini untuk mendapatkan kepercayaannya," katanya.

Pernah memiliki haiwan ini suatu ketika dahulu, Zul memberitahu dia akhirnya terpaksa menyerah kalah kerana tidak mampu menjaganya selepas sibuk dengan urusan seni.

"Haiwan ini memerlukan cara penjagaan yang agak berlainan sikit daripada haiwan lain. Saya memerlukan masa yang agak panjang untuk menjaganya.

"Selain itu, lokasi yang sesuai untuk membela kuda juga menyebabkan saya terpaksa memilih untuk tidak mempunyai kuda buat masa ini," katanya jujur.

Menjelaskan lokasi kesukaannya untuk melakukan hobi ini, Zul memberitahu, selalunya dia memilih kawasan pinggir bandar yang mempunyai pemandangan cantik, selain selalu menunggang di ladang kuda rakannya, Tekala Rimba Ranch di Semenyih.

"Soal lokasi itu ikut kesesuaian waktu saya, selalunya saya akan berada di Hulu Yam, Selangor kerana pemandangan di situ cantik dan laluan kuda juga mudah untuk sampai.

"Selain itu, juga saya pernah ke kawasan berkuda lain seperti di Semenyih dan Bangi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.