VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 05/04/2013

Cinta bawa ke mati

Umi Kalthum (tiga dari kanan) pada majlis makan malam anjuran L. Krishnan (paling kiri) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir Datuk aziz sattar, mariani dan Mustadha Maarof.

SEPANJANG 42 tahun menjalani kehidupan berumahtangga bersama pelakon Allahyarham Datuk S. Roomai Noor bukanlah suatu jangka masa yang singkat buat Datin Umi Kalthum.

Umi sukar melupakan banyak pengalaman manis yang pernah dilalui sejak beliau berkahwin pada 1954 sehinggalah suaminya itu menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Mac 1996.

Malah, sehingga kini pelakon berusia 81 tahun itu masih termimpi-mimpikan arwah yang sering hadir termasuklah yang terbaru, beberapa minggu lalu.

Menurut ibu kepada lapan anak, 16 cucu dan seorang cicit itu, dalam mimpi itu arwah suaminya sempat berkata-kata kepadanya yang mana telah mengimbau nostalgia mereka.

“Dua minggu lepas arwah muncul dalam mimpi saya dan berkata, ‘sabarlah Kal, tidak lama lagi...’. Arwah panggil saya dengan nama Kal iaitu daripada pangkal nama saya, Kalthum.

“Sampai sekarang saya masih terfikir apakah maksud dia cakap macam itu. Memang saya mempunyai banyak kenangan dengan arwah semasa kami mengerjakan umrah dan haji bersama-sama. Malah, suami saya meninggal dunia 17 tahun lalu di Mekah," imbasnya.

Pelakon yang dilahirkan di Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan pada 18 Oktober 1932 itu ditemui pada suatu majlis anjuran Tan Sri L. Krishnan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Umi sepanjang perkongsian hidup dengan Roomai, dia dan suaminya itu telah pergi ke Mekah lebih 20 kali termasuklah untuk mengerjakan haji dan umrah bersama-sama.

“Semasa arwah masih hidup sahaja kami telah mengerjakan umrah bersama-sama lebih 10 kali. Selepas suami meninggal dunia, saya mengerjakan umrah sendiri sebanyak 13 kali.

“Kalau dulu kami memang suka mengerjakan umrah pada bulan Ramadan dan biasanya selepas puasa hari yang keenam barulah kami balik ke Malaysia dan beraya di sini.

“Dengan adanya peluang mengerjakan umrah lagi pada tahun ini maka ia secara tidak langsung mengimbau nostalgia kami sewaktu mengerjakan haji dan umrah bersama-sama," ujarnya.

Ketika ditanya mengapa beliau begitu kerap pergi ke Mekah, ibu kepada penyanyi era tahun 1980-an, Noor Kumalasari itu menyifatkan Tanah Suci sangat berbeza dan istimewa buatnya.

Umi bukan sahaja berpeluang beribadat di tempat tumpuan umat Islam itu, tetapi pada masa sama mendapat ketenangan jiwa yang tidak diperolehi di tempat-tempat lain.

“Perasaan itu sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata kerana hanya di sana sahaja saya dapat ketenangan itu walaupun ada beberapa perkara saya kurang selesa.

“Contohnya soal keselesaan kerana biasanya saya akan berkongsi empat orang dalam satu bilik hotel sewaktu berada di Mekah tetapi itu tidak menjadi halangan untuk saya suka pergi ke sana.

“Sebab itu, walaupun suami saya sudah tiada lagi tetapi selagi ada rezeki dan saya masih sihat, insya-Allah saya tidak akan jemu-jemu untuk pergi ke Mekah lagi," katanya bersemangat.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.