VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 21/03/2013

Kongsi pengalaman disingkir

Jimmy dan Tyzo yakin gandingan mereka mampu bertahan untuk jangka masa panjang di UFM.

Bukan mudah sebenarnya hendak mencari gandingan yang sempurna sebagai gandingan utama segmen pagi di sesebuah stesen radio.

Menjadi gandingan baru di sebuah stesen baharu tidak menjadi masalah buat dua orang DJ iaitu Jimmy Shanley dan Tyzo.

Bukan benda baru bagi mereka berdua, malah pengalaman mereka berdua bertugas sebagai juruhebah di stesen radio swasta sebelum ini tidak menyukarkan gandingan ini.

Malah, kalau hendak diikutkan kembali sejarah karier mereka sebagai seorang DJ, masing-masing punyai pengalaman disingkirkan secara mengejut.

Bagi mereka, pengalaman itu mengajar mereka untuk terus kuatkan diri menjadi DJ.

Tambahan pula, dek kerana pengalaman pernah disingkirkan itu juga, mereka memperoleh keserasian untuk berkongsi konti mengendalikan segmen pagi di stesen radio UFM.

Bagi Jimmy Shanley, walaupun baru hampir sebulan mereka ke udara, masalah melibatkan keserasian tidak timbul.

"Selama ini memang kami tidak pernah bekerjasama apatah lagi sebelum ini kami bekerja di dua stesen yang berlainan.

"Menariknya, kali pertama ke udara bersama dengan Tyzo, saya sudah dapat merasakan ada keserasian antara kami berdua," jelasnya.

Sementara itu, bagi Tyzo, dia lebih selesa untuk bertugas secara solo sebelum ini.

"Kalau nak diikutkan, saya sebenarnya lebih selesa untuk mengendalikan segmen secara sendirian.

"Tetapi, bila kita bekerja untuk segmen pagi, memang kita memerlukan sekurang-kurangnya dua DJ.

"Pendengar di waktu pagi sebenarnya lebih agresif dan tidak mahu sesuatu yang stres. Sebab itu segmen pagi lebih kepada hilai tawa dan berborak mengenai sesuatu yang menyeronokkan," ujarnya.

Tambah Tyzo, gaya penyampaian juga penting sebenarnya dan dia melihat mereka berdua ada keserasian daripada segi penyampaian.

"Macam saya, daripada segi penyampaian itu lebih aktif dan hiper dan Jimmy pula memiliki sikap bertentangan yang membantu ketika sedang ke udara.

"Jika dua-dua terlampau mahu menonjolkan diri, ia akan membuatkan segmen pagi itu kucar-kacir kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa yang lebih hebat," jelasnya.

Dalam pada itu, Jimmy sempat berkongsi perasaannya menjelang sesi temu bual bersama pemimpin negara yang dihormati, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau tiada apa-apa, hari Jumaat ini (esok) kami akan menemu bual beliau dan secara jujurnya saya kalau boleh tidak mahu nampak gugup bila bercakap dengannya.

"Saya juga risau dengan soalan saya sekiranya ada yang agak sensitif tetapi pada sesi temu bual itu, soalan yang akan diajukan lebih santai dan soalan-soalan yang kita tidak tahu mengenai beliau seperti bila kali terakhir beliau memandu dan sebagainya," ujarnya.

Tyzo turut memuji Najib kerana baginya dia seorang yang mesra dengan rakyatnya.

"Surat yang kami hantar untuk pelawaan bagi sesi temu bual itu dibalas dengan sangat cepat. Hari ini kami hantar, besok kami sudah mendapat maklum balas.

"Saya sangat hormat dengan perkara itu dan merasakan dia adalah pemimpin yang sangat dekat dengan rakyat," jelasnya.

Anda boleh melaraskan radio ke frekuensi 101.3 untuk mendengar celoteh pagi Tyzo dan Jimmy serta mahu mengikuti sesi temu bual bersama Perdana Menteri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.