VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/03/2013

Diana Danielle bersalin di Australia atau Malaysia?

BUKAN mudah sebenarnya untuk berada jauh dari isteri tercinta, malah apa yang lebih mencabar apabila untuk memaksa diri melepaskan isteri yang sedang mengandung mengejar cita-citanya.

Bagi Farid Kamil, 32, dia tahu keupayaan isterinya Diana Danielle, 22, untuk menghadapi semua sendirian tanpa dirinya yang jauh berada di Malaysia. Menjelaskan keadaan isterinya di sana, Farid memberitahu Diana kini sedang gembira untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang perfileman di Sydney, Australia.

Hits: Sebenarnya ramai peminat yang ingin mengetahui keadaan Diana di Sydney, Australia kini. Boleh Farid berkongsi keadaan dia di sana bersama kami?

Farid: Mula-mula saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan keselamatan isteri saya di sana. Alhamdulillah, Diana tidak menghadapi masalah di sana, segala kemudahan belajar dilihat sangat menepati kehendak ibu mengandung sepertinya. Selain itu juga Diana kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan kosmetik , berjenama Luxuria Cosmetics.

Berada Jauh dari isteri yang sedang mengandung, bukan semua suami mampu hadapinya, bagaimana Farid menempuh keadaan itu?

Farid: Saya akui memang risau dengan keadaan Diana di sana, bagaimanapun satu yang perlu saya puji tentang sikap isteri saya adalah sifat berdikari Diana. Memang saya akan pastikan untuk menghubunginya setiap hari melalui telefon, di samping itu juga, hampir setiap bulan saya akan melawatnya di sana.

Melayari laman Instagram milik Diana dapat Hits saksikan cukup sukar sebenarnya Diana untuk berkongsi gambar terkini bersama kandungannya, mungkin ada perjanjian di antara Farid dan Diana yang tidak mahu gambar Diana sedang mengandung dikongsi dengan peminat.

Farid: Bercakap soal teruja saya memang teruja untuk mengetahui isteri saya kini sedang mengandung anak pertama kami, kalau boleh saya nak kongsi semua, namun saya fikir dalam keadaan sekarang adalah lebih baik saya tidak terlalu gembira kerana apa-apa jua boleh berlaku. Bagi saya dan Diana detik-detik indah begini lebih senang sebenarnya menjadi momen kami berdua sahaja, apa yang kami harapkan hanya doa.

Memandangkan tempoh pengajiannya masih berbaki beberapa bulan, adakah Farid dan Diana sudah membuat keputusan untuk menyambut anak sulung kamu berdua ini di Sydney sahaja?

Farid: Kami belum membuat keputusan tentang soal itu, bagi saya ia bukan satu masalah untuk melahirkan anak saya di sana, bagaimanapun jika Diana melahirkan anak di sini ia dilihat lebih mudah untuk proses berpantang. Sebenarnya soal itu saya serahkan kepada Diana membuat keputusan, pada saya dalam hal ini saya lebih suka memberi kebebasan buat isteri saya memilih di mana dia mahu bersalin nanti.

Beberapa hari lalu Hits difahamkan, Diana ada pulang ke Malaysia, boleh Farid beritahu tujuan utama Diana pulang ke sini tempoh hari?

Farid: Iya dia ada pulang ke sini, dia berada di Malaysia hanya empat hari sahaja. Tujuan dia pulang adalah untuk melunaskan kerja untuk filem terbarunya Kami Histeria . Selain itu juga apa yang paling melucukan adalah apabila sampai sahaja ke Malaysia permintaan pertama Diana adalah untuk menjamah nasi kandar serta nasi lemak. Walaupun hanya beberapa hari dapat juga saya melepaskan rindu kepadanya, bagaimanapun jika tiada apa-apa pada hujung bulan ini saya juga akan berangkat ke sana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.