VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 18/03/2013

Hidup mati untuk Finas

Jins Shamsuddin tidak pernah lupa memori sewaktu bekerja di Finas.

TATKALA ingatannya semakin pudar, ada sesuatu yang kita perlu tahu mengenai 'James Bond Malaya' ini kerana dia tidak pernah sekali pun melupakan soal bebanan kerja yang pernah dipukulnya suatu ketika dahulu.

Tan Sri Jins Shamsuddin, 77, pemegang watak Jefri Zain dalam filem tersohor Gerak Kilat (1966) itu bukanlah lagi hero yang sinonim dengan ketangkasan dan kegagahannya.

Sebaliknya, seniman yang terkenal dengan sikap tegas itu kini lebih selesa berada dalam dunianya yang tersendiri.

Kegemilangan yang dikecapinya itu hilang begitu sahaja setelah disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang sekali gus meragut segala memori indahnya.

Melihat perkembangannya kini, tiada soalan yang mampu saya utarakan kepada Jins.

Menurut isteri tercinta Puan Sri Halijah Abdullah, 52, tiada apa yang paling sedih apabila mengetahui suatu hari nanti penyakit ini bakal menyebabkan suaminya melupai segala-galanya termasuk dia dan anak-anak.

"Penyakit ini memang tidak ada ubat. Menurut doktor secara berperingkat segala memorinya akan padam.

"Peringkat terakhir adalah melupakan keluarganya sendiri. Kalau boleh memang saya tidak sanggup melihat perkara itu," katanya.

Mendirikan rumah tangga sejak 26 tahun lalu, Halijah mengakui bukan mudah untuk berurusan dengan 'sikap' baru suaminya ini.

Menurutnya sejak disahkan menghidapi penyakit itu, tiada apa yang mampu diingati Jins selain kerjayanya di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

"Dia selalu meminta saya menghantarnya ke Finas, ingatannya hanya tertumpu pada kerja di sana. Malah pernah dia katakan kepada saya hidup matinya untuk Finas.

"Kadangkala bila berhadapan dengan situasi itu pada setiap hari agak merunsingkan. Jika awal-awal dahulu kita cuba menerangkan dia tidak lagi bekerja, namun kini kami sekeluarga hanya akan mencari alasan agar dia tidak terus mendesak untuk dihantar ke pejabat lamanya itu," katanya.

Selain pernah menjawat jawatan sebagai senator selama dua penggal, Jins juga merupakan orang penting dalam kewujudan Finas.

Detik-detik awal

Menceritakan detik-detik awal ketika penyakit itu menyerang suaminya, Halijah memberitahu pada awalnya dia tidak perasan sehingga Jins sering mengulangi bertanyakan soalan-soalan yang sama.

"Menempuhi kesan awal penyakit ini, kami dikejutkan dengan kejadian di mana dia cuba untuk keluar dari rumah ini dengan alasan mahu keluar bekerja, malah pernah dia menahan kereta meminta menghantarnya ke Finas.

"Tapi Alhamdulillah sehingga kini tiada lagi perkara itu berlaku. Cuma saya akan elakkan melalui jalan di hadapan Finas, kerana dia akan meminta untuk menghantarnya ke sana dengan alasan pejabatnya masih di situ," katanya.

Berkongsi punca penyakit yang menyerang suaminya, Halijah memberitahu penyakit ini mula kelihatan selepas suaminya menghabiskan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Tempoh pengajian sepatutnya selama tiga tahun tetapi dia buat jangka pendek selama setahun sahaja.

"Dia seorang yang suka membaca buku dan berfikir. Doktor beritahu saya, jika dia meneruskan sikapnya yang suka berfikir, tahap ingatannya akan lebih teruk dengan cepat," katanya.

Sedang ingatannya semakin hilang, ada satu sikap bekas senator ini yang masih lagi kekal dengan dirinya, mempunyai jadual makan yang tetap.

Menurut Halijah sejak dari muda lagi suaminya tidak akan makan waktu sembarangan.

"Dia sudah menetapkan jadual makan dia, waktu tengah hari merupakan waktu penting untuk dia makan sehingga kini.

"Soal makanan pula, dia tidak akan makan ayam atau daging, lauk kesukaannya hanya berasaskan ikan sahaja," katanya.

Sungguhpun menderita penyakit hilang ingatan, Jins bagaimanapun sihat dari pelbagai komplikasi lain.

Bagaimanapun walaupun tulangnya semakin rapuh dimamah usia, Jins tidak pernah menyuarakannya.

"Dia memang tidak ada penyakit lain. menurut doktor mungkin amalan pemakanannya yang ketat menyebabkan tahap kesihatannya yang lain berada di dalam keadaan yang baik.

"Bagaimanapun kesan daripada babak lakonannya puluhan tahun dahulu, tangan kanannya kini semakin hilang upaya. namun satu sikapnya yang peminat tidak tahu dia tidak akan memperlihatkan dirinya lemah walaupun sedang sakit," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.