VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 16/03/2013

Joo Won ditawar watak utama

Dia yang baru tiga tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan sudah mendapat kepercayaan penerbit untuk diberi tanggungjawab sebagai pelakon utama dalam filem Only You.

Menurut agensi Sim Entertainment, tawaran yang diberikan kepada artis naungan mereka itu amat mengejutkan kerana setakat ini Joo Won hanya berlakon dua filem, Special Investigation Team (2011) dan Don't Click pada tahun lalu.

Filem komedi romantik yang mendapat sokongan daripada Lotte Entertainment itu bakal memulakan penggambaran akhir April ini.

Untuk filem itu, Joo Won akan tampil sebagai anggota polis yang jatuh cinta dengan pencuri dan sehingga kini pemegang watak pencuri belum ditemui.

Walaupun Joo Won kini lebih dikenali sebagai pelakon, sebelum ini dia pernah menghasilkan single berjudul Nadeshiko yang merupakan lagu tema untuk filem Jepun, Bungo dan lagu itu turut dipasarkan di sana.

Rupa-rupanya pada tahun 2007, jejaka ini pernah menyertai kumpulan Free6 sebelum mengatur langkah sebagai pelakon.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.