VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 15/03/2013

Usaha jejaki rockers 80-an

ZAMAN memang sentiasa berubah, begitu juga dengan industri muzik yang sering bertukar-tukar trend sambil menyaksikan kemunculan ramai penyanyi serta pemuzik yang silih berganti. Namun, karya seni yang indah seperti lagu-lagu yang sedap didengar akan terus dihayati oleh para peminat yang mana nama-nama pengkaryanya juga akan terus diingati sampai bila-bila.

Begitu juga dengan era zaman rock kapak yang popular pada tahun-tahun 1980-an sudah lama berlalu tetapi masih banyak lagu-lagu kumpulan seperti Bloodshed, Putra, CRK, Junction, Gravity serta Utopia yang masih popular dan kini boleh dikategorikan sebagai lagu-lagu malar segar. Malah, ramai antara mereka yang masih aktif bermain muzik sehinggalah ke saat ini.

Sayangnya, kebanyakan rockers terbabit sepi daripada publisiti apatah lagi diberi peluang mengadakan persembahan dalam sebuah konsert yang berskala besar. Menyedari hakikat itu, salah seorang rocker veteran, Burn yang juga vokalis kumpulan Meditasi telah berusaha menjejaki serta mengumpulkan sebanyak mungkin kumpulan rock yang pernah popular pada era itu.

Menurut Burn atau nama sebenarnya Bakaruddin Daud, 48, dia telah menggunakan pelbagai cara termasuklah melalui laman-laman sosial di internet seperti Facebook bagi menjejaki semula rakan-rakan lamanya yang terdiri daripada penyanyi serta pemuzik rock popular 1980-an. Ternyata usahanya itu berhasil apabila dia dipertemukan semula dengan golongan tersebut.

"Walaupun zaman kami tidak ada Facebook dan kami sekarang ini pun sudah berumur tetapi itu bukan bermakna kami tidak mengikuti perkembangan teknologi. Sebabnya, boleh dikatakan setiap daripada kami mempunyai akaun Facebook sendiri. Selepas lebih 20 tahun terpisah dan membuat haluan sendiri, laman sosial seperti ini banyak membantu kami untuk bertemu semula.

"Saya mengambil masa hampir dua tahun menjejaki kawan-kawan lama saya itu melalui Facebook. Daripada situlah kami bertukar-tukar nombor telefon dan akhirnya saya berjaya mengumpulkan 13 kumpulan rock yang pernah popular pada tahun 1980-an. Bayangkan kalau satu kumpulan ada empat anggota, maka setakat ini tidak kurang 50 rockers lama berjaya saya kumpulkan.

"Masih banyak lagi kumpulan rock lama yang saya belum dapat hubungi kerana sebab-sebab tertentu. Contohnya, ada kumpulan itu yang telah dibubarkan atau sebahagian anggota asalnya telah pun meninggal dunia. Pemain bass Meditasi, Ahmad Sofian Idris misalnya telah meninggal dunia pada tahun 2007 kerana sakit paru-paru berair," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Jelas Burn, setakat ini 13 kumpulan rock 80-an yang berjaya dikumpulkannya itu ialah Bloodshed, Burnmarks, Utopia, Gravity, EYE, Lela, Putra, Satira, Meditasi, CRK, Samudera, Sejati dan Junction. Malah, dia yakin masih banyak kumpulan rock era itu yang terus aktif bermain muzik dan usaha murninya itu akan diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.