VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 01/03/2013

Semangat rockstar dalam Rock Oo

PARA pelakon Rock Oo selepas pratonton filem itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

ROCK Oo merupakan kesinambungan daripada filem berjudul Rock arahan Mamat Khalid pada 2005 yang mempunyai semangat para pemuzik yang bercita-cita mahu menjadi bintang rock terkenal dalam persada muzik tanah air pada era 1980-an.

Malah, menurut Mamat, Rock Oo secara tidak langsung turut mempunyai semangat itu berdasarkan populariti para pelakon Rock yang dulunya kurang popular, tetapi kini mereka mampu untuk menyumbang- kan populariti yang sedang dikecapi menerusi filem arahannya itu.

"Daripada segi pembikinan Rock dan Rock Oo lebih kurang sama sahaja. Bezanya, dahulu pelakon Rock tidak sepopular seperti sekarang ini. Contohnya dalam Rock dulu orang tidak kenal siapa Sofi Jikan tetapi sekarang dia sudah popular dan turut berlakon dalam Rock Oo.

"Faktor itu akan memberi persepsi yang lebih baik untuk para penonton menontonnya di pawagam.

"Saya harap Rock Oo akan menjadi sebutan para peminat dan ia didedikasikan untuk mereka yang telah menonton Rock lapan tahun lalu," katanya pada pratonton filem itu baru-baru ini.

Pada majlis pratonton yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor itu Mamat berkata, dia cuba menghidupkan nostalgia era rock kapak 1980-an dalam filem yang dilakonkan antaranya oleh Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Que Haidar dan Jaafar Onn itu.

Adik kepada kartunis Datuk Lat ini misalnya mencari lokasi lama yang pernah menjadi tempat melepak kutu-kutu rock pada era itu terutamanya di sekitar Plaza Yik Foong di Ipoh, Perak sebagai antara lokasi utama penggambaran filem terbitan Grand Brilliance itu.

"Filem ini menjalani penggambarannya selama 25 hari di sekitar Ipoh. Saya sepatutnya mahu menjalani penggambaran filem ini di Pertama Complex, Kuala Lumpur.

"Tetapi saya dapati sekarang ini kawasan itu menjadi agak moden dan tidak seperti suasana 1980-an.

"Sebab itu saya pilih Ipoh kerana lebih sesuai dengan suasana latar zaman itu dalam filem ini.

"Apa yang penting saya mahu mengembalikan nostalgia para penonton supaya tidak jemu menonton filem ini. Saya cuba pinjamkan roh rockstar yang ada itu dalam filem ini," ujarnya.

Rock Oo yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam mulai 28 Februari ini antara lain mengisahkan tentang seorang anak muda kampung bernama Amy Mat Piah yang bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi rock cuba menonjolkan bakatnya itu melalui kumpulan Rimba Bara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.