VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/02/2013

Karya Malaysia di Indonesia

ERA hubungan dua hala badan penyiaran Malaysia dan Indonesia sekali lagi diaktifkan semula dengan kunjungan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr. Rais Yatim ke Manado, Indonesia pada 8 Februari lalu. Banyak idea lama diperbaharui pada kunjungan itu.

Dr. Rais antara lain menyarankan diwujudkan sebuah program TV kolaborasi antara RTM dan TVRI bagi meneruskan kesinambungan program seperti Titian Muhibah ataupun Titian Budaya memfokuskan kepada budaya, bahasa dan pendidikan.

Perbincangan dua hala antara Dr. Rais dan Menteri Penerangan Indonesia, Ir Tifatul Sembiring turut dikatakan bersetuju untuk menerbitkan sebuah program khas sekurang-kurangnya sebulan sekali mulai Mac ini menerusi kolaborasi antara RTM dan TVRi. Idea dan inisiatif itu memang wajar mendapat pujian dan diperbanyakkan lagi yang mana ia sepatutnya diperluaskan dalam skop yang lebih luas seperti dalam bidang perfileman dan muzik pada masa depan.

Diharap pada masa depan KPKK turut membawa para penggiat perfileman seperti golongan penerbit dan pengarah dalam kerjasama seperti itu. Ruang itu boleh dijadikan peluang bagi filem-filem ataupun drama-drama tempatan dipasarkan, sekali gus ditayangkan di sana.

Selama ini golongan pengusaha filem dan drama TV Malaysia terpaksa bergerak sendiri termasuklah ke stesen-stesen TV Indonesia bagi memasarkan produk mereka di negara seberang itu. Tetapi hasilnya kurang memberangsangkan kerana ia lebih bersifat individu sahaja.

Contohnya pada Julai tahun lalu Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) terpaksa mengambil inisiatif sendiri pergi ke negara seperti Filipina bagi mencari peluang pasaran filem dan drama di stesen-stesen TV negara itu.

Sayangnya, sambutannya kurang memberangsangkan kerana kunjungan itu bukan diperkuatkan atas dasar kerjasama hubungan serantau yang ditunjangi serta disokong oleh pihak kerajaan negara masing-masing. Sebab itu sokongan daripada KPKK dan RTM amat penting dalam perkara ini.

Pertukaran tayangan filem-filem dan drama-drama tempatan di RTM serta TVRI juga boleh difikirkan kerana ia akan memberi peluang yang lebih sama rata. Sebabnya selama ini manfaat lebih memihak kepada produk-produk luar negara yang terlalu banyak ditayangkan di TV negara ini.

Sedangkan banyak drama atau filem tempatan yang berkualiti sepatutnya mendapat ruang tayangan di negara seperti Indonesia. Pendekatan itu tentunya akan menjadi lebih mudah berdasarkan faktor-faktor persamaan budaya dan bahasa di antara masyarakat di dua negara terbabit.

Begitu juga dengan pasaran muzik yang mana KPKK juga boleh menarik peluang itu buat para penggiat bidang ini dengan membawa mereka dalam sesi perbincangan serta kerjasama dengan TVRI pada masa akan datang. Banyak ruang pasaran muzik yang boleh diterokai di sana.

Bukan setakat TVRI, malah Indonesia memang terkenal kerana mempunyai puluhan saluran serta ratusan stesen radio termasuk swasta yang boleh dimanfaatkan daripada kerjasama yang telah terjalin selama ini. KPKK dan RTM tentunya mempunyai pengaruh besar dalam hal ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.