VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 14/12/2012

Buka mata, pengalaman baru

KENANGAN terindah... Afdlin Shauki (tengah), Bront Palare (kiri) dan Zain Saidin (kanan) terharu dengan sikap ramah masyarakat di Gaza.

KALAU ada orang nak mengkritik dan menilai secara negatif yang kami lakukan ini, kami tidak peduli dan tidak mahu layan. "Apa yang kami lakukan adalah untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan."

Itulah antara ayat yang keluar daripada mulut pelakon, pengarah dan selebriti serba boleh, Afdlin Shauki ketika ditanya mengenai segelintir pihak yang mempertikaikan motif utama mereka ke bumi Gaza baru-baru ini.

Selain Afdlin, Zain Saidin dan Bront Palare turut sama menyertai misi bantuan yang diusahakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif pada 3 Disember hingga 10 Disember lalu.

Pemergian mereka selama seminggu tersebut bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat di negara yang bergolak itu.

Apa yang pasti, sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi sendiri, ternyata pengalaman ketika berada di sana sangat berharga dan memberi kesedaran tersendiri.

Mungkin orang lain boleh menilai dan melontarkan kata-kata negatif terhadap mereka itu namun niat utama pemergian ke sana adalah lebih penting untuk di ambil kira.

Lebih-lebih lagi tujuan utama pertubuhan itu demi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh saudara sendiri di sana.

Afdlin, Bront dan Zain berkongsi cerita bersama Hits mengenai perjalanan pengalaman serta ketakutan mereka sepanjang berada di bumi yang tidak pernah reda dengan cerita-cerita duka.

Takut - Zain Saidin

Tidak dinafikan, sebelum tiba di bumi Gaza, ketiga-tiga selebriti ini menyimpan perasaan takut untuk ke sana apabila memikirkan keadaan yang sentiasa bergolak.

Namun perasaan tersebut hilang sebaik mereka menjejakkan kaki di sana kerana situasi yang dilalui sepanjang berada di Gaza bukanlah seperti yang dibayangkan di kotak fikiran masing-masing.

Menurut Zain, sebelum ke sana mereka sememangnya memikirkan tentang pelbagai perkara yang mungkin berlaku.

“Tapi apabila sudah sampai terasa seronok pula. Boleh diibaratkan macam balik kampung sendiri.

“Lebih-lebih lagi orang di sana mesra dan ramah. Malah apa yang buat saya terkejut, mereka langsung tidak menunjukkan rasa sedih. Mereka memang sangat tabah," cerita Zain ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba di tanah air.

Menyatakan pengalaman yang dilalui adalah sesuatu yang sangat bernilai, Zain yang terkenal menerusi watak Henry Middleton dalam siri Oh My English! melihat perspektif pendidikan yang perlu diberi tumpuan.

“Apa yang saya lihat, mereka memerlukan sokongan moral. Selain itu, aspek pendidikan juga harus diberi tumpuan terutama kepada golongan muda di sana demi memastikan masa depan mereka," jelasnya yang turut kagum dengan sikap penduduk di sana yang tidak mengharapkan bantuan sebaliknya lebih suka berusaha sendiri.

“Mereka sendiri tidak berdendam dengan Israel. Apa yang mereka mahu hanyalah hak mereka," katanya lagi.

Ketabahan masyarakat Palestin memberi inspirasi untuk menjadi lebih kuat menghadapi hari mendatang.

Aman - Afdlin Shauki

“Apabila jejak saja kaki di sana, saya rasa itulah tempat yang paling aman, tenang dan selamat di muka bumi ini," cerita Afdlin pula. Mengakui yang dibayangkansebelum sampai ke sana cukup berbeza, duta kepada Aqsa Syarif ini juga sangat bersemangat untuk menaikkan kembali tanah Gaza.

“Ketika sampai, pembangunan kembali kawasan penempatan sudah bermula. “Apa yang membuatkan saya sebak ialah sambutan yang diterima sebaik sahaja saya tiba di sana. “Kami dilayan bagaikan keluarga sendiri. Malah mereka semuanya ceria, bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku," ujarnya yang kagum dengan kekuatan hati penduduk Palestin dalam menjalani kehidupan selepas diserang Israel.

Apa yang lebih menarik menurut Afdlin, kanak-kanak di sana juga sangat periang dan ceria. “Mereka bermain seperti kanak-kanak biasa. Malah mereka tidur malam dengan lena walaupun tahu ada kemungkinan akan diserang kembali. Mungkin mereka sudah lali.

“Saya juga lihat, mereka bukan yang jenis suka meminta simpati. Malah ketika bercerita mengenai pengalaman dan pahit getir mereka, kami yang sebak mendengarnya sedangkan mereka bercerita seperti biasa sahaja. “Senyuman juga sentiasa terukir pada wajah mereka," sambung Afdlin lagi sambil menyatakan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana.

Afdlin Shauki seronok melayan kerenah kanak-kanak ketika di Gaza.

Kagum - Bront Palare

“PergI sana umpama jumpa Melayu yang hilang di sini," kata Bront sebaik ditanya mengenai pengalamannya di bumi Gaza. Apa yang cuba ditafsirkan oleh Bront adalah mengenai sikap masyarakat di sana yang sangat menghormati tetamu dan sentiasa memberikan yang terbaik sedangkan mereka sendiri sedang berusaha untuk membangun kembali.

“Mereka memberikan yang terbaik kepada tetamu. Saya rasa seperti datang ke tempat yang sangat selesa dan tenang. “Semua orang melayan kami dengan baik. Memang terasa sebak apabila memikirkannya kembali," jelasnya ringkas. Berhubung kenyataan sesetengah pihak yang memperlekehkan niat mereka ke sana, Bront punya jawapan tersendiri.

“Kalau orang nak kritik, kritiklah. Kita negara yang bebas bersuara. Cuma apa yang saya nak tegaskan, ada banyak lagi perara yang lebih penting dan besar selain daripada nak cakap pasal isu politik.

“Bukalah minda dan pandanglah dengan lebih meluas lagi. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk sama-sama membantu saudara kita sendiri," kata Bront bersahaja.

“Bagi saya, pulangnya saya kali ini adalah untuk menjadi orang yang lebih baik dan jika saya ditawarkan untuk pergi sekali lagi ke sana, saya tidak akan teragak-agak menyatakan kesediaan saya," katanya sebelum menutup bicara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.