VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 26/11/2012

Kahwin muda

Hanya tujuh bulan mengenali hati budi, Apex dan Leuniey tekad mendirikan rumah tangga.

DULU nafi, kini bakal bergelar suami isteri. Itu suratan takdir yang ditentukan Yang Maha Kuasa kepada penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha Nazri.

Siapa sangka, bertentang mata ketika menjadi model wangian SimplySiti beberapa bulan lalu telah menyatukan dua hati anak muda ini.

Biar ketika itu kedua-duanya menafikan mengenali antara satu sama lain, ternyata jodoh kedua-duanya amat kuat.

Dan hanya dalam tempoh tujuh bulan berkenalan, kini mereka sudah bersedia untuk menempuh alam baru sebagai suami isteri.

Yakin dengan keputusannya untuk menyunting Nur Eilunie Natasha yang mesra dipanggil Leuniey, Khairul Fahmi mengakui, dia tidak pernah menyembunyikan percintaannya kepada umum.

"Dulu saya nafi mempunyai hubungan sebab memang saya tak kenal dia. Tetapi ketika kami berkawan dan kemudian bercinta, saya tidak sorok malah sentiasa berterus terang," katanya pada sidang akhbar pengumuman perkahwinannya Rabu lalu.

Malah Khairul Fahmi yang lebih terkenal dengan panggilan Apex itu turut menyangkal kata-kata pedas kononnya dia berkahwin bagi menutup kisah-kisah kontroversi yang melanda dirinya.

Keputusan menyunting suri hatinya, tegas penjaga gol yang digilai ramai itu adalah datang daripada hatinya yang paling dalam; yang paling jujur dan yang paling ikhlas.

Leuniey juga ketika dihubungi Hits mengakui bahawa dia tidak menyangka hubungan yang terjalin sejak Mac lalu itu berjalan lancar tanpa halangan.

Dan dia amat bersyukur kerana hubungannya dengan Apex direstui oleh kedua-dua belah keluarga.

Namun dia menafikan cerita yang bertebaran kononnya sengaja merahsiakan hubungan cinta dengan Apex daripada tumpuan awam kerana masing-masing masih tunangan orang. Tegas Leuniey, mereka sudah kembali solo lama sebelum gosip hubungan cinta kedua-duanya timbul.

"Memang sebelum menjadi model untuk wangian itu, saya pernah bertembung dengan Apex di depan rumah saya. Tapi setakat itu sahaja.

"Saya pun tak kenal dia (ketika itu)... tak tahu langsung fasal bola sepak dan sebagainya. Tapi saya bertanya kepada pakcik siapa dia. Kerana masa itu dia berurusan dengan pakcik saya untuk jual beli rumah.

"Akhir Mac lalu kami sama-sama terlibat dengan iklan SimplySiti. Dia tegur saya, kami berbual dan bertukar nombor BBM (Blackberry Massenger). Dari situ saya kenal dia.

"Balik ke Kelantan, pakcik saya pula adakan majlis makan-makan dan menjemput Apex sebagai tanda terima kasih kerana urusan jual beli rumah telah selesai.

"Sejak itu kami mula rapat... mula berBBM dan baru mengambil tahu tentang dia dan dia sendiri pun banyak bercerita tentang diri dan kariernya.

"Selepas sebulan dua kami sudah rasa selesa, dia pun memberitahu mahu kenal lebih rapat dan akhirnya jatuh cinta.

"Kami pun single dan family juga merestuinya," cerita Leuniey yang tidak dapat hadir ke sidang akhbar pengumuman perkahwinannya dengan Khairul Fahmi kerana terikat dengan kursus perkahwinan di Kelantan.

Sampai seru

Kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinan tanpa Apex yang perlu melunaskan tanggungjawab membantu negara pada Piala Suzuki AFF 2012 yang sedang berlangsung ketika ini, Leuniey bersyukur kerana segala-galanya berjalan seperti yang dirancang.

Dilamar Oktober lalu, biar tanpa majlis merisik dan bertunang malah tidak juga ditandai dengan sebentuk cincin di jari manis, bakal mempelai ini mengakui hanya berkumpul bersama kedua-dua belah keluarga untuk memberitahu tentang perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

"Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Tak sangka jodoh kami sampai awal..." kata Leuniey dalam tawa manjanya.

Berbeza usia dua tahun - Leuniey, 21 dan Apex, 23 - kedua-duanya mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab dan komitmen besar mengurus perihal rumah tangga.

Sudah sampai seru, begitulah kata kedua-duanya dan paling penting, masing-masing juga amat bersyukur kerana perjalanan cinta mereka berlangsung tanpa banyak masalah.

Malah dalam guraunya terhadap keputusan yang diambil untuk mendirikan rumah tangga pada penghujung Disember ini, kata Khairul Fahmi. "ini desakan hati saya."

"Jodoh itu rahsia Allah dan kita tidak tahu bila Dia nak bongkar. Bila rahsia dah dibongkarkan (yang) saya akan tamatkan zaman bujang tahun ini, saya sudah bersedia.

"Saya yakin dengan hati dan keputusan saya. Keluarga juga sudah merestui. Bila jodoh sudah sampai. Kita nak mendirikan masjid, tak salah kalau cepat," tambahnya.

Khairul Fahmi dan Leuniey bakal diijabkabulkan pada 28 Disember ini selain mengadakan tiga majlis resepsi masing-masing pada 30 Disember di sebelah perempuan; 5 Januari (sebelah lelaki) dan 13 Januari (resepsi di Kuala Lumpur).

Leuniey juga memberitahu bahawa dia sudah bersedia bergelar isteri dan mengikut jejak langkah ibunya berkahwin muda.

"Mama banyak memberi nasihat. Lagipun masa saya banyak dihabiskan di rumah. Saya bukan jenis suka keluar atau pergi bersuka ria, bercuti dan sebagainya.

"Sepanjang masa saya bersama keluarga dan bila dah sampai seru... saya terima," katanya yang tetap akan menguruskan perniagaan butik pengantin selepas mendirikan rumah tangga kelak.

Bakal tinggal bersama keluarga Apex yang hanya 30 minit dari rumah keluarganya selepas berkahwin, Leuniey juga mengakui ingin berbulan madu ke Switzerland.

Namun perancangan itu hanya akan dibuat selepas bakal suaminya itu selesai menghadapi Piala Liga Super tahun depan.

"Sekarang dia sibuk dengan Piala Suzuki AFF. Selepas kami berkahwin pula, dengan Liga Super. Mungkin selepas itu baru kami akan merancang bulan madu," katanya yang tidak terburu-buru untuk menimang cahaya mata.

Sibuk tetapi matang

Mengahwini seorang bintang bola sepak yang terkenal dan selalu sibuk di padang, itu harga yang terpaksa dibayar oleh Leuniey. Namun tegasnya, perkara itu bukan satu masalah kerana dia amat memahami kerjaya bakal suaminya itu.

"Kami ini dah biasa berjauhan. Kadang-kadang dekat dua bulan baru berjumpa. Bukan tak rindu... rindu... Tapi Alhamdulillah saya boleh menahan rasa itu.

"Bukan juga tidak cemburu... adat bercinta tapi tidaklah keterlaluan. Hubungan ini terjalin atas kepercayaan. Dan lebih penting, saya memahami kariernya. Ini kerja dia. Dia cari rezeki dan itu periuk nasi dia.

"Dia juga faham dengan kerja saya yang adakalanya sibuk menguruskan butik pengantin," katanya yang menganggap Khairul Fahmi kerana seorang yang matang, penyayang, menghormati orang dan sangat memahami.

"Dia juga cool orangnya dan lucu. Saya senang bersamanya," tambah Leuniey.

Khairul Fahmi sendiri memberitahu kematangan kekasihnya itu menyebabkan hatinya terpikat dengan gadis ini selain seorang yang amat memahami.

Malah kedua-duanya mengakui bahawa persefahaman antara mereka terhadap kerjaya dan kehidupan banyak 'mengikat' dan memikat hati antara kedua-duanya.

Leuniey juga mengakui dia sudah bersedia mengahwini 'orang popular' seperti Khairul Fahmi sejak pertama kali kenal dan menerima penjaga gol kebangsaan tersebut sebagai teman hidup malah akan sentiasa menyokong cinta hatinya itu.

"Saya sematkan dalam hati, kena kuat untuk tempuh cabaran bersama. Insya-Allah... tiada masalah. Lagipun hubungan kami juga berasaskan restu orang tua.

"Saya pun dah biasa sangat dengar orang cakap macam-macam... yang bukan-bukan. Tapi bila saya mengenali diri Apex, dia tidak pula seperti yang digembar-gemburkan," kata Leuniey yakin dan amat menyenangi sikap pandai mengambil hati yang dimiliki kekasihnya itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.