ARKIB : 16/10/2012
Pelantaq juara teater
PERSEMBAHAN yang menyakinkan dan memukau penonton memberi peluang kepada Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab) dipilih sebagai juara Festival Teater Malaysia (FTM) 2012 yang berlangsung di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Akrab menewaskan lima kumpulan lain yang bertanding di peringkat akhir menerusi teater Pelantaq. Karya dan arahan Saipol Bahari Mohd. Iman itu menerima hadiah wang tunai RM15,000, beserta piala pusingan, piala iringan serta sijil.
Pelantaq juga mengangkat Saipol Bahari sebagai Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki serta Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Hairi Safwan Aznan dan Siti Salwani Shaari.
Kemenangan turut diraih oleh Muhamad Zamri Abdullah untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.
Menurut Saipol Bahari, 36, ini adalah kemenangan kali kedua Akrab setelah muncul sebagai juara FTM menerusi teater Monolog karya Rosnan Nordin, pada FTM 2001.
Katanya, idea untuk buat skrip Pelantaq terhasil pada 2008 setelah melihat gejala sosial sumbang mahram yang semakin berleluasa dan itulah isu utama teater tersebut selain soal pelacuran.
"Kami sudah buat pelbagai genre teater termasuk bangsawan seperti Mek Mulong dan banyak lagi. Saya bukanlah belajar secara formal dalam seni teater, tetapi saya rapat dengan nama-nama besar antaranya Prof. Madya Dr. Samad Salleh, Normah Nordin dan Zaifri Husin.
"Saya timba pengalaman menerusi bengkel dan hubungan secara peribadi dengan mereka. Alhamdulillah mereka banyak membantu saya mencetuskan idea segar dalam berkarya," katanya.
Tambahnya, penampilan Akrab bukanlah untuk bertanding semata-mata tetapi lebih kepada menyokong penganjuran FTM.
"Kemenangan ini adalah untuk semua aktivis teater. Saya harap semua NGO teater akan aktif semula berkarya," katanya yang akan beraksi dalam Teater Perdana Kedah pada November ini.
Sementara itu, Kelab Estetika Budaya, UiTM, Pahang yang mementaskan teater bertajuk Kebayan karya Zack Zaideen yang diarah oleh Mohd. Samsuri Ghazali, menjadi naib johan.
Tempat ketiga dimenangi oleh Badan Kesenian dan Warisan P.Ramlee (Bakawalee) menerusi teater Perhiasan Kaca, karya Tennese William, arahan Mohd. Yusof Bakar.
Bagi Grup Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah yang mementaskan Mencari Ricka karya Tasia Arliana Ismail arahan Ilya Rusaidipula berjaya meraih kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik menerusi Nur Athirah Jumien dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik oleh Mazrona Kalinggalan.
Manakala pelakon Raja Azri Raja Kamaruzzaman pula berjaya mengangkat nama Majlis Teater Selangor menerusi lakonannya dalam teater Buai, karya Norhisham Mustafa dan arahan Khusairy Mahayuddin sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Festival itu diadili barisan juri profesional terdiri dari Ketua Juri, Rosminah Tahir, Ahmad Yatim, Wahab Hamzah dan Indi Nadarajah.
FTM 2012 yang masuk edisi keenam dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) KPKK, Datuk Dr. Rothiah Omar.
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









