VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 07/10/2012

Tuah Elfira Loy

MENYELUSURI perjalanan seni gadis kecil molek ini, mungkin ada yang berpendapat Elfira Loy antara pelakon remaja yang cukup bertuah. Tuah yang mengiringi perjalanan kerjaya gadis ini membawanya ke satu fasa baru yang dia sendiri tidak pernah duga.

Apa yang menarik, gadis yang menginjak usia 18 tahun ini diberi ruang yang cukup besar di dalam industri lakonan tanah air. Berpeluang bekerjasama dengan pelbagai nama besar yang lain, Elfira cukup istimewa jika mahu dibandingkan dengan gadis seusia dengannya.

Tidak pernah bermimpi diulit populariti seperti hari ini, dia yakin rezeki buatnya ada di sini. Bersama dua lagi adik yang sedang menempa nama, Elfira yakin usaha keras sejak enam tahun lalu semakin membuahkan hasil apabila orang mula nampak pada bakat seninya.

Biarpun terikat dengan Astro dek kerana menjadi wajah eksklusif stesen berkenaan, itu bukan alasan untuk dia tidak popular. Malah, kebanyakan drama lakonannya menjadi hits dan mengumpul ramai pengikut sejak akhir-akhir ini.

Ada sesuatu yang menarik mengenai pelakon utama drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini. Elfira jarang menerima tempias gosip-gosip panas jika mahu dibandingkan dengan pelakon lain seusianya.

Jika dilihat dalam usia begini, tidak mustahil untuk melabelkan dia antara pelakon remaja paling menonjol.

Tidak menafikan perkara berkenaan, dia yakin dengan percaturannya menggunakan khidmat ibu sendiri sebagai pengurus yang sentiasa bersamanya menjadi tembok penghalang segala gosip liar.

“Memang tak banyak gosip yang hinggap sepanjang saya bergelar pelakon. Salah satu sebab mungkin kerana ibu sentiasa bersama saya dan itu mengekang cerita-cerita kurang enak.

“Saya pun tak ramai kawan. Bila ramai kawan dah tentu banyak cerita yang nak diberitahu. Saya cukup takut kalau cerita-cerita itu ditokok tambah dan akhirnya disebarkan jadi gosip yang mengarut.

“Jadi kawan-kawan yang saya ada itulah yang saya percayai. Tak perlu nak cerita lebih-lebih sebab saya lebih selesa bercerita dengan ibu atau adik beradik yang lain. Nak bergaduh pun dengan keluarga sendiri.

“Saya harap saya tidak akan terkena cerita-cerita panas pada masa hadapan," katanya tertawa.

Populariti

MENYEDARI kehadirannya semakin diterima ramai sejak akhir-akhir ini tidak membuatkan dirinya mendabik dada. Lebih suka mengikut resmi padi makin tunduk makin berisi, Elfira yakin populariti akan datang dengan sendiri tanpa perlu dicari.

Dia bukan sahaja menjadi pilihan pengarah tetapi dalam masa yang sama sering kali menjadi penghias muka depan majalah dan surat khabar arus perdana yang mahu menjadikan dirinya sebagai pelaris.

Tidak cukup dengan itu, Elfira juga telah diikat sebagai duta produk Maybelline yang pernah menggunakan khidmat Datuk Siti Nurhaliza dan Liyana Jasmay sebelum ini.

Merasakan dirinya cukup bertuah diberi kepercayaan sedemikian besar, anak sulung ini tahu orang mula yakin pada dirinya.

“Saya dah tetapkan dalam diri untuk tidak mencari populariti. Saya pun tak hadap nak buat cerita panas semata-mata nak keluar surat khabar ataupun majalah.

“Kalau kita bekerja dengan ikhlas, bagi hasil karya yang terbaik pada akhirnya orang akan hargai usaha kita. Mungkin waktu itu saya akan lebih popular dan dikenali dengan usaha berterusan ini.

“Sesuatu yang orang tak tahu tentang saya, saya tidak berminat untuk bersaing dengan sesiapa terutama pelakon yang seusia.. Masing-masing ada rezeki dan saya yakin dengan ketentuan itu.

“Tak perlu nak lawan orang kalau mahu lebih popular atau lebih hebat. Apa yang penting berbalik kepada niat asal," katanya yang akan muncul dalam program Fear Factor versi Malaysia tak lama lagi.

Anak emas?

MENYOROT kembali drama lakonan Elfira, ternyata kebanyakan drama diarahkan oleh pengarah Micheal Ang. Sedar akan hal tersebut, kata gadis yang mesra disapa dengan panggilan El itu tidak mahu perkara tersebut dijadikan isu besar.

“Kenapa semua orang cakap perkara yang sama? Rasanya ramai sangat orang kata saya anak emas Micheal Ang sampaikan letih nak jawab soalan yang sama," kata Elfira sambil tersenyum.

Menafikan yang dirinya anak emas kepada pengarah berkenaan, dia tidak menafikan cukup selesa bekerjasama dengan pengarah tersebut.

“Rasanya masih ramai pelakon lain yang selalu bekerja dengannya. Tapi orang tetap kata saya anak emas. Tak mengapalah, asalkan drama yang saya lakonkan beri impak kepada peminat dan orang ingat.

“Memang tak dinafikan yang Micheal Ang banyak membentuk diri saya sebagai pelakon. Dia menaikkan nama saya sebagai pelakon, perbaiki bakat saya sampailah sekarang dia masih menunjuk ajar saya.

“Dalam hati kecil saya memang nak bekerja dengan orang lain. Nak kerja dengan pengarah lain untuk menimba pengalaman baru macam pelakon lain juga.

“Kalau tak ada aral melintang memang sudah ada dalam perancangan untuk bekerja dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba tak lama lagi. Cuma saya masih menunggu tarikh penggambaran sahaja.

“Saya masih baru dan perlukan pengalaman. Orang seperti merekalah yang akan membentuk saya jadi pelakon yang lebih baik," luahnya jujur.

Hanya satu tekad yang dipasang dalam dirinya sekarang. Mahu mengubah mutu lakonan kepada fasa remaja dan meninggalkan fasa kanak-kanak untuk nampak lebih matang.

Cabaran

MENGENANGKAN kembali apa yang telah dilalui selama enam tahun bergelar pelakon, ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Menyedari kesenangan hari ini bermula daripada sedikit keperitan, akhirnya Elfira boleh berbangga dengan apa yang sudah dimiliki.

Bagi Elfira, tidak mudah untuk bergelar pelakon kanak-kanak kerana dia harus pandai membahagikan masa antara dunia lakonan dan alam persekolahan.

Namun kini dia lega. Impian untuk menyambung pelajaran terlaksana apabila sudah bergelar pelajar di Kolej Damansara Utama (KDU) dalam bidang Seni Persembahan.

“Sejak April lalu, saya sudah mendaftar sebagai pelajar KDU dan saya juga telah menamatkan semester pertama. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Orang mungkin anggap pelakon sibuk macam saya sukar untuk menghabiskan pelajaran tapi saya mampu melakukannya walaupun sedikit sukar.

“Bagi saya pelajaran amat penting. Sejauh mana seseorang itu nampak hebat dalam dunia seni, mereka mesti ada latar belakang pendidikan yang tinggi. Sebab itu, saya berazam untuk belajar selagi termampu sebagai bekalan di kemudian hari.

“Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Apa yang boleh dilaksanakan hanyalah bersedia dengan ilmu dan hadapi apa juga kemungkinan mendatang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.