VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 16/09/2012

Layakkah Riz Amin?

SIAPA pelakon ini? Rasanya belum cukup besar namanya menyinar sebagai anak seni dalam industri, namun sudah muncul dengan khabar kurang enak menyebabkan Pancaindera segera mencekup lelaki berusia 27 tahun ini.

Kalau ada yang perasan, sejak kebelakangan ini, Riz Amin sudah mula mendapat perhatian ramai menerusi beberapa buah telefilem dan drama tempatan. Antara yang terbaru, drama berjudul Miss Octopus siaran TV3.

Sebagai pemantau industri seni, Pancaindera lihat, anak kelahiran Changlun, Kedah ini bukannya selalu dapat watak utama.

Kebanyakannya, Riz cuma tampil sebagai pelakon pembantu. Ala-ala tempelan pun ada.

Tapi bila ada yang bercerita kononnya Riz sekarang sudah pandai demand, macam tak percaya pula.

Khabarnya, Riz dah pandai demand atas alasan dia sekarang sudah mula melangkah ke skop filem terutama menerusi filem 29 Februari dan kemudian menyusul pula dengan filem berjudul Hantu Kapcai.

Persoalannya sekarang layakkah dia nak demand sedangkan berlakon pun bukannya gah mana?

Apa pun kita bertanya kepada empunya diri memandangkan cuma dia sahaja yang tahu kedudukan sebenar.

Kalau betul Riz sekarang sudah mula pandai main harga, maka dia perlulah berani tampil dengan penjelasan mengapa dan kenapa dia berbuat demikian.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.