VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 14/09/2012

Meraikan kunjungan Will-Kate

PASANGAN diraja britain ini kini berada di malaysia selama tiga hari.

SEMPENA kunjungan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia selama tiga hari sehingga Ahad ini (15 September), stesen ntv7 turut tidak melepaskan peluang untuk menyiarkan sebuah rancangan khas.

Will & Kate - The Malaysian Tour yang akan disiar Ahad ini pukul 9.30 malam bakal memaparkan rakaman sepanjang lawatan tiga hari mereka di negara ini dalam siri lawatan ke Asia. Ia bersempena sebahagian program sambutan ulang tahun Jubli Intan Ratu Elizabeth.

Selain itu beberapa rancangan khas berkaitan mereka turut disiarkan stesen televisyen tersebut termasuk The Diamond Jubilee Concert 2012 pada malam esok, pukul 8.30 malam.

Ia memaparkan konsert sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth yang turut disertai Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minouge, Cliff Richard, Stevie Wonder dan ramai ramai.

Malam ini, jangan lupa menonton kisah Duchess of Cambridge yang terkenal dengan evolusi fesyennya dalam Biography: Kate Middleton pada pukul 8.30 malam.

Sebelum itu, ntv7 turut menyiarkan sambutan ulang tahun pertama pasangan diraja popular itu dalam William & Kate: A First Year Anniversary Celebration pada hari pertama kunjungan pewaris takhta Britain itu di negara ini, semalam.

Menariknya, ntv7 yang meraikan ulang tahun ke-14 baru-baru ini turut menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi penonton yang menyaksikan program Will & Kate - The Malaysian Tour.

Nona yang bersiaran setiap Ahad pukul 2 petang di TV3 juga akan menyiarkan segmen khas mengenai pasangan diraja itu pada 30 September ini termasuk menyelami keanggunan fesyen Middleton selain paparan kerja-kerja kebajikan dan kecintaan pasangan tersebut kepada alam semula jadi dan dunia sukan antarabangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.