VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/09/2012

Bahasa Korea bantu kerjaya

IMEJ bertudung bukan sahaja tidak menghalang tugasnya sewaktu ke udara melalui rancangan-rancangan TV Astro malah ia juga menambahkan lagi keayuan pengacara baru ini.

UNTUK menjadi seorang pengacara sama ada dalam rancangan radio atau televisyen (TV) kebolehan pandai bercakap dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan. Kebolehan itu banyak membantu seseorang pengacara mengendalikan sesebuah rancangan yang diacara selain dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan luas dalam pergaulan seharian.

Itu adalah antara realiti yang dikecapi oleh pengacara baru seperti Syakirin yang bukan setakat boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih.

Malah pengacara dan penyampai berita di saluran Astro Awani ini berusia 23 tahun ini juga boleh menguasai bahasa Korea dengan baik. Kebolehannya itu ternyata banyak membantu kerjayanya dalam bidang penyiaran TV.

Menurut Syakirin atau nama sebenarnya Nur Syakirin Husnal Az Hari, ekoran kebolehannya bertutur dalam bahasa Korea, pihak Pengurusan Bakat Personaliti Televisyen Astro telah memberi kepercayaan kepadanya mengacarakan rancangan K-Popnya Raya di saluran Astro Ria baru-baru ini. Dia berjaya mengendalikan rancangan yang disiarkan pada 1 Syawal lalu itu dengan baik.

"Itu adalah program TV pertama yang saya kendalikan. Dalam program itu lebih 50 peratus saya bercakap dalam bahasa Korea dan selebihnya dalam bahasa Melayu.

"Sewaktu bercakap dalam bahasa Korea saya turut menyediakan sarikata dalam bahasa Melayu bagi memudahkan para penonton memahaminya.

"Alhamdulillah program itu mendapat sambutan ramai. Saya difahamkan rating penonton yang menyaksikan program itu melebihi 200,000 orang. Sebagai pengacara baru saya rasa bangga dengan pencapaian itu. Pada masa sama saya tidak nafikan mungkin trend peminat sekarang yang meminati lagu-lagu K-Pop banyak membantu menarik perhatian khalayak untuk menonton program tersebut.

"Dalam program itu, saya bergandingan dengan Ariel AF (Akademi Fantasia 9). Selain itu, ramai lagi artis lain seperti Sazzy Falak, Cat Farish dan Adam AF yang turut menjayakannya," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis memperkenalkan barisan 10 lagi pengacara baru Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pernah belajar di Korea

Pengacara yang dilahirkan di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Kuala Lumpur ini berkata, dia memahami bahasa Korea kerana pernah belajar di Dong Yang Mirae University di Seoul, Korea dari 2008 hingga 2011. Kata bekas graduan bidang Kejuruteraan Biokimia ini kecenderungannya dalam mempelajari bahasa Korea itu bukan disebabkan trend budaya K-Pop masa kini.

Sebaliknya jelas anak sulung daripada lima beradik itu, dia melanjutkan pengajian di Korea sebelum trend K-Pop menular di seluruh dunia termasuklah di negara ini.

Namun Syakirin tidak menyangka pengalamannya belajar di Korea dan boleh menguasai bahasa bangsa di negara maju itu secara langsung turut membantu dalam bidang pengacaraan yang diceburinya.

"Sejak dari zaman sekolah saya memang meminati matapelajaran sains. Kerana kecenderungan dan pencapaian akademik saya dalam bidang itu menyebabkan saya terpilih melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Muar di Johor. Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya diterima masuk ke Pusat Persediaan Pelajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara), Shah Alam selama sembilan bulan.

"Sewaktu di UiTM saya belajar bahasa Korea dan matapelajaran sains serta matematik. Selepas itu saya dihantar belajar di Seoul National University selama setahun sebelum melanjutkan pengajian di Dong Yang Mirae University.

"Selain bidang sains, saya juga memang meminati dunia pengacaraan sejak dari kecil dan tidak sangka ia menjadi kenyataan.

"Buat masa ini saya akan mencuba bidang pengacaraan terlebih dulu selepas saya menyertai pertandingan On Air anjuran Astro pada tahun lepas. Sekarang ini, saya bersama 10 lagi bekas peserta pertandingan itu diserapkan sebagai pengacara baru dalam saluran-saluran TV Astro di mana kami akan diberi pendedahan selama enam bulan," ujarnya penuh yakin.

Meskipun sudah mula didedahkan dengan dunia penyiaran yang bukan sahaja penuh mencabar tetapi glamor, dia yang juga pernah menjadi penterjemah di Lembaga Pelancongan Malaysia di Seoul tidak menolak kemungkinan untuk menyambung pengajiannya di negara tersebut pada masa depan. Kali ini jurusan yang ingin didalami adalah bidang kimia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.