VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 12/09/2012

Era FM promosi di FB

PARA artis dan penyampai Era FM yang memeriahkan rumah terbuka stesen radio tersebut baru-baru ini.

POPULARITI radio Era FM boleh dikatakan macam pasang surut air di laut. Ada masanya radio yang kini di bawah naungan Astro Radio Sdn. Bhd. itu berada di puncak dan jatuh ke beberapa tangga ke bawah. Terbaru radio swasta itu naik semula sebagai saluran radio nombor satu tempatan dengan purata pendengar seramai 5 juta orang.

Turun naik kedudukan populariti Era FM di telinga para pendengar ditentukan oleh banyak faktor. Tetapi menurut Pengurus Kandungan Era FM, Nazri Noran, pihaknya telah melakukan pelbagai cara promosi bagi melonjakkan nama saluran radio itu supaya terus menjadi pilihan para pendengar di negara ini.

"Salah satu caranya kami menggunakan saluran laman sosial Facebook bagi mempromosikan lagi sebarang aktiviti tentang radio ini. Lebih 80 peratus pendengar Era FM lebih suka kami menggunakan Facebook bagi menjalankan pelbagai aktiviti di mana setakat ini laman kami di situ telah mendapat 'like' sehingga 542,000 daripada para pendengar," katanya kepada Hits.

Pada masa sama kata Nazri, Era FM masih lagi meneruskan promosi bergerak mereka ke seluruh negara menerusi Skuad Era yang diwakili oleh 10 buah kereta jenis Perodua Myvi yang bergerak di lima wilayah terpilih sejak beberapa tahun yang lalu.

Lima buah wilayah yang menjadi laluan 10 buah kenderaan promosi bergerak Era FM itu ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Pada masa sama, saluran radio itu tambah Nazri, turut menggunakan laman YouTube di Internet bagi meluaskan lagi promosi Era FM di mata dan telinga pendengarnya.

"Era FM juga mempunyai laman di YouTube sendiri iaitu YouTube.era.fm yang disediakan percuma untuk para pengunjungnya. Setakat ini ia telah dilayari lebih 300,000 pengunjung. Pelbagai video tentang aktiviti Era FM dimuatkan di laman video itu. Kami akan menggunakan apa juga medium yang ada bagi mempromosikan radio ini.

"Alhamdulillah, Era FM kini menjadi stesen radio nombor satu tempatan semula. Rating pendengar kami kini seramai 4.8 juta di Semenanjung Malaysia dan ia mencecah 5 juta termasuk di Sabah dan Sarawak. Pada 23 Oktober ini Era FM turut terbabit dalam perlawanan bola sepak piala Malaysia di mana kami akan mengadakan segmen Era Piala Malaysia pada pertandingan itu," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.