ARKIB : 08/09/2012
Fyza Kader jarang ke salun
RAMBUT merupakan mahkota setiap wanita namun bukan mudah sebenarnya untuk menjaga rambut agar sentiasa nampak sihat dan cantik. Malah dalam memudahkan penjagaan seharian, ada di kalangan wanita kini memilih untuk tampil dengan rambut yang lebih pendek.
Walaupun begitu masih ada wanita di luar sana yang mahu kekal feminin dengan rambut panjang mengurai. Mengakui penjagaannya agak sukar, bagi pelakon baru yang berada di bawah syarikat produksi Metrowealth Pictures (MIG), Norhafiezzah A. Kadir atau lebih senang dengan panggilan Fyza, sejak dari kecil lagi dia lebih suka berambut panjang.
Tidak menolak untuk berkongsi rahsia rambut cantik yang dimilikinya menurut Fyza, dia sebenarnya bernasib baik kerana mempunyai rambut yang sihat tanpa sebarang masalah.
“Dari kecil lagi saya memang suka berambut panjang. Dan kini meningkat dewasa saya lebih selesa untuk membawa imej berambut panjang.
“Mungkin sesuai dengan personaliti saya yang lembut dan tidak terlalu kasar," katanya yang mula dikenali melalui filem Nongkrong.
Bertemu dengannya di sebuah salun rambut di ibu negara baru-baru ini Fyza mengakui, mempunyai rambut yang panjang memerlukan seseorang itu lebih peka dengan keperluan rambutnya.
“Saya jarang sebenarnya ke salun, mungkin saya lebih senang lakukannya sendiri di rumah. Tak susah sebenarnya, cuma kena rajin sahaja.
“Antara rahsia untuk mendapatkan rambut yang cantik beralun adalah dengan membuat sanggul pada waktu malam. Selain ia akan beralun secara semula jadi pada waktu pagi, kita juga dapat mengelakkan menggunakan terlalu banyak bahan kimia pada rambut," katanya.
Berusia 27 tahun, selain mempunyai mempunyai rambut lebat, dia memberitahu, rambutnya juga tumbuh yang cepat.
“Memandangkan rambut saya tidak bermasalah, jadi saya kurang mendapatkan perawatan rambut.
“Bagaimanapun rambut saya cepat panjang dan bagi memastikan rambut saya berada dalam keadaan yang terurus saya akan pastikan panjang rambut itu sentiasa dipotong bahagian bawahnya," katanya.
Tidak pernah warna rambut
Berasal dari Johor Bahru, Johor, Fyza memberitahu, pernah terdetik di hatinya untuk mendapatkan stail potongan rambut yang lebih pendek. Bagaimanapun niat itu dibatalkan setelah merasakan dia lebih sesuai dengan imej berambut panjang .
“Saya suka melihat beberapa selebriti antarabangsa membawakan potongan rambut pendek yang menarik.
“Bagaimanapun untuk mencubanya saya agak takut kerana kurang pasti sama ada sesuai dengan saya," katanya.
Jika sesetengah wanita mengambil waktu yang agak lama untuk mempersiapkan rambut sebelum keluar rumah namun lain pula untuk Fyza. Memilih untuk mengikat rambutnya jika ke mana-mana, menurut Fyza dengan cara ini dia dapat menjimatkan masa.
“Saya akui rambut panjang akan memerlukan kita mengambil waktu yang agak panjang untuk bersiap.
“Namun ada cara mudah untuk memastikan ia tidak terlalu menyusahkan, iaitu dengan blow dan membuat sanggul," katanya.
Berdarah campuran Melayu-Malbari, Fyza memberitahu, dia juga tidak pernah
mewarnakan rambutnya. Selain tidak mahu mendedahkan rambutnya kepada bahan kimia, dia juga memilih untuk mengekalkan warna rambut aslinya.
“Sehingga kini saya tidak pernah mewarnakan rambut saya. Bukan apa warna hitam itu nampak lebih seksi dan sesuai sebenarnya dengan wajah saya," katanya tersenyum.
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









