VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 05/09/2012

Sam Bunkface tendang pak cik?

BELUM terlambat lagi rasanya untuk bercerita mengenai kisah raya dan apa yang menarik, perkara ini melibatkan sesuatu yang di luar jangkaan.

Sam memang dikenali sebagai vokalis Bunkface yang mempunyai visi dan tersendiri dalam membawa taraf muzik indie tersebut kepada aras yang lebih tinggi dan dihormati namun dalam masa yang sama Sam juga melakukan kesilapan.

Sam dikatakan telah tertendang pakcik dan perkara tersebut berlaku di luar kawalannya.

"Masa itu saya tak sangka saya boleh tertendang pak cik saya. Tapi seingat saya, kejadian tersebut berlaku ketika itu saya baru berusia tujuh atau lapan tahun gara-gara tidak dapat bermain mercun," menurut Sam ketika mengingat kembali kenangan ketika Aidilfitri.

Sementara itu, jika Paan rindukan suasana perjalanan pulang ke kampung, Youk pula tercedera sendiri akibat letupan mercun.

"Masa kita budak-budak dahulu, seronoklah nak main perkara macam itu tapi sekarang ini dah hilang 'feel dah nak main mercun," kata Youk sambil tersenyum.

Nampaknya selama lima tahun Bunkface bersama, mereka nampaknya sudah semakin matang dan kini sudah mampu mencorak hala tuju muzik yang dibawakan di samping mendapat sokongan hebat daripada peminat setia mereka.

Apa yang pasti, nantikan gerak gempur Bunkface dalam menanamkan kembali semangat cintakan muzik tanah air melalui beberapa siri jelajah yang akan bermula di beberapa universiti swasta dan awam tempatan tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.