VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 02/09/2012

Wartawan... berhati-hatilah - Fouziah Gous

Menanggung malu setiap kali kenyataan yang dikeluarkan disalah tafsir wartawan.

BANYAK fakta yang tak betul tentang kematian bapa Fouziah Gous yang menghembuskan nafas terakhir pada 11 Ogos lalu. Ketika itu umat Islam sedang sibuk membuat persiapan ketibaan Syawal yang mulia. Berita pemergian Allahyarham Mohd. Gous Ghulam pada usia 75 tahun itu cukup sedih buat seorang anak. Tapi apa yang dikesalkan apabila berita pertama kematian bapanya itu yang ditulis oleh seorang wartawan (bukan dari Kumpulan Utusan) tidak tepat.

Fouziah mengakui keadaan emosi tidak stabil untuk bercerita tentang kehilangannya waktu itu secara terbuka.

“Saya tertanya-tanya kenapa wartawan itu tergesa-gesa untuk menulis berita kematian arwah sehingga membuat andaian sendiri dalam artikelnya. Berani menambah fakta yang tak betul sehinggakan emosi saya kacau bilau. Kenapa tak berhati-hati sebelum menulis sesuatu cerita, apalagi yang melibatkan cerita kematian?

“Macam mana kalau mereka di tempat saya? Dahlah, orang kesayangan tinggalkan kita, bila baca balik artikel itu, saya kecil hati. Arwah meninggal dunia bukan kerana sakit kencing manis dan darah tinggi, tapi sakit tua.

“Keadaan antibodi arwah terlalu lemah untuk memungkinkan dia mendapatkan rawatan selanjutnya, takut dia tak terima. Arwah dah lama sakit dan memang saya tak sangka dia pergi meninggalkan kami sekeluarga seminggu sebelum hari raya. Apa pun, kami sekeluarga reda. Arwah pergi dengan keadaan cukup tenang," katanya mengimbas peristiwa sedih dalam hidupnya itu.

Jenazah Allahyarham Mohd. Gous Ghulam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong selepas Asar selepas mengadu sesak nafas pada sebelah pagi 11 Ogos lalu. Ketika itu, Fouziah ada penggambaran drama di Ijok, Selangor dan bergegas pulang selepas dimaklumkan keadaan bapanya oleh salah seorang ahli keluarganya.

Dalam perkembangan berkaitan Fauziah turut menyatakan kekesalan apabila ada kenyataan yang dibuatnya berhubung isu perkahwinan turut menjadikan dia mangsa salah faham.

“Saya memang ada cakap nak berkahwin tapi saya tak cakap dengan siapa saya akan berkahwin. Yelah, soal jodoh mana boleh kita cakap sembarangan bukan? Jadi bila ada (wartawan) yang menulis seolah-olah dia tahu sepenuhnya tentang saya, itu yang buat saya jadi keliru. Siapa sebenarnya Fouziah Gous ni?

“Wartawan itu sedaplah, sebab berita apa yang dia nak dari saya, dia dapat. Tapi saya yang menanggung kesan jangka panjangnya. Saya berterusan diajukan persoalan tentang perkahwinan dan itu yang buat saya sedih," dedahnya tanpa berselindung.

Ibu ratu hatiku

Pun begitu, pelakon filem Dua Hati Satu Jiwa ini cukup bertuah kerana dilema yang dialami itu mendapat perhatian ahli keluarganya yang lain terutama ibu, Sajadi Ibrahim, 58. Baginya, wanita itu cukup memahami keadaan yang dialaminya tambahan pula dengan situasi kehilangan pada hari ini.

“Kami berdua memang rapat, semua benda buat sama-sama. Masak, kemas rumah, tidur pun sama. Kami sentiasa berkongsi masalah, apa saja. Saya kena kuat untuk dia, tambahan ayah dah tak ada. Kalau boleh saya tak mahu tengok ibu rasa sedih. Saya nak tengok dia ceria sentiasa.

“Sebab itu, saya ambil cuti dua minggu (selepas arwah meninggal dunia). Duduk di rumah 24 jam. Kalau keluar rumah pun sekejap saja, macam beli barang rumah lepas itu balik. Tapi bila keadaan dah terkawal, saya minta kebenaran ibu untuk kerja, tunaikan apa-apa yang terbengkalai," katanya menutup perbualan petang Rabu lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.