ARKIB : 29/08/2012
Oprah Winfrey selebriti termahal
LOS ANGELES 28 Ogos - Walaupun rangkaian televisyen baru miliknya berdepan kesukaran, namun pengacara popular, Oprah Winfrey masih kekal sebagai selebriti yang mendapat bayaran paling mahal, masuk tahun keempat berturut-turut.
Menurut laman web kewangan Forbes.com semalam, walaupun Winfrey gagal mencatat kejayaan bersama rakan kongsinya, Discovery Communications mengendalikan rangkaian televisyen OWN, tetapi ia tidak menghalang Winfrey untuk memperoleh pendapatan sebanyak AS$165 juta (RM512 juta) bagi tempoh setahun sejak Mei tahun lalu.
Bayaran tersebut dijana daripada program televisyen yang dikendalikannya seperti Dr. Phil, Rachael Ray dan The Dr. Oz Show.
Berada rapat di belakangnya ialah pengarah filem, Michael Bay melalui Transformers: Dark of the Moon yang disiarkan pada tahun lalu yang membantunya memperolehi pendapatan sebanyak AS$160 juta (RMRM496 juta) berdasarkan jualan tiket dan barangan permainan serta hasil-hasil lain.
Seorang lagi pengarah filem, Steven Spielberg pula memperoleh sebanyak AS$130 juta (RM403 juta) dalam tempoh yang sama berdasarkan penyertaannya dalam rancangan televisyen seperti Smash dan tayangan filem The Adventures of Tintin serta War Horse, sekali gus meletakkan dirinya di tangga ketiga.
Penerbit, Jerry Bruckheimer pula berada di tangga keempat dengan memperolehi pendapatan sebanyak AS$115 juta (RM345 juta) melalui beberapa rancangan televisyen dan filem termasuk Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.
Tempat kelima diduduki penerbit muzik, Dr. Dre yang memperolehi bayaran berjumlah AS$110 juta (RM330 juta) berdasarkan jualan sebahagian pegangan saham syarikat membuat fon kepala jenama Beats. - REUTERS
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Ning Baizura lancar lagu terbaharu Pelangi Untukmu
Tidak mahu kontroversi
Jauh daripada kegelapan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









