ARKIB : 27/08/2012
Roman Aragon si duda
KITA mungkin sudah selalu membaca luahan hati selebriti yang bergelar janda yang sering diburu. Namun jarang sekali kita mendegar rintihan perasaan insan bernama lelaki yang sudah bergelar duda.
Mungkin daripada luaran, mereka dilihat sebagai salah satu ikon yang sukar untuk meluahkan perasaan. Namun berdiri di atas muka bumi sebagai seorang manusia, perasaan sedih dan juga kesunyian tanpa teman tidak mudah untuk dielakkan.
Berkesempatan bertemu dengan tiga lelaki yang kini masih lagi aktif di dalam bidang muzik, ternyata Radhi, CD Naz dan Asheed sebenarnya mempunyai sesuatu yang cukup berharga untuk dikongsikan.
Perbaiki diri
Sebagai vokalis kepada kumpulan OAG yang kini sedang mencari kembali rentak untuk beraksi di arus perdana, Radhi mengakui, perkara yang telah berlaku sebenarnya telah banyak memberinya ilmu baru tentang kehidupan.
Malah dia mengakui, jangka masa setelah dua tahun bergelar duda bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.
"Sebenarnya, setelah banyak perkara yang menimpa saya, ia beri peluang kepada saya untuk muhasabah diri. Saya reda dengan segala ketentuan yang tertulis untuk saya. Apa yang dah jadi, biarlah ia berlalu pergi.
"Tapi saya sangat bersyukur kerana dalam jangka masa dua tahun ini jugalah saya banyak belajar untuk mengenali dan memperbaiki diri sendiri.
"Saya buat semua ini kerana inginkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan saya," jelasnya kepada Hits penuh jujur.
Apabila disoal pula mengenai perbezaan raya setelah bergelar duda, muka penyanyi ini terus berubah.
"Raya memang berbeza sedikit. Kalau nak diikutkan, saya memang rindukan anak saya.
"Saya akui, ikatan dengan anak menjadi semakin kuat setelah saya dan isteri berpisah. Perkara ini sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
"Mungkin sebelum kami berpisah, saya abaikan dan tidak ambil kisah sangat mengenai anak-anak. Akhirnya setelah berlaku perkara macam ini, memang terasa sangat untuk meluangkan masa bersama anak," kata Radhi dengan nada dan wajah yang serius.
Radhi mungkin selalu dikenali dengan perwatakannya yang selamba namun apabila berbicara mengenai soal anak, perkara tersebut membuatkan empunya nama Muhammad Radhi Razali yang berusia 34 tahun ini menjadi serius.
Rasa Sepi
Lupakan sebentar tentang kerenah stesen radio swasta yang tidak habis-habis bersikap 'pilih kasih' terhadap lagu mereka dan kita bercerita pula mengenai individu yang sudah lali dengan perkara tersebut iaitu Asheed atau Mohd Ashid Ahmad.
Menjelaskan raya tahun ini disambut dengan penuh kesederhanaan, dalam masa yang sama, dia mengakui kadang-kala rasa sunyi itu tidak dapat disembunyikan.
"Sunyi memang terasa sunyi. Tapi nak buat macam mana, apa yang saya dah lakukan sebelum ini bukan boleh ditarik balik.
"Masa baru bercerai dulu, memang perasaan itu macam-macamlah. Tapi bila masuk tahun kedua, keadaan sudah menjadi terkawal dan berubah seperti biasa.
"Tapi apa-apa pun, anak itu jugalah yang menjadi permata dalam kehidupan.
"Alhamdulillah tahun ini saya dapat beraya di Anak Bukit, Kedah dan bawa sekali anak balik ke sana," jelasnya yang kini aktif di belakang tabir dalam industri muzik.
Sebak dengar Dendang Perantau
Siapa sangka gitaris yang pernah bersama-sama kumpulan metal tanah air, Silkhanaz, sebenarnya merupakan seorang yang sangat sangat lembut jiwanya.
Walaupun menyambut hari raya di Kangar, Perlis, namun CD Naz atau nama sebenarnya Rashidi Rashid kebiasaannya terlepas untuk merasai kemeriahan malam sebelum menyambut hari raya.
"Biasanya pada hari raya pertama, anak saya akan berhari raya di rumah bekas isteri dahulu. Ketika tengahari atau petang sikit, baru saya dapat ambil anak dan akan terus balik ke kampung.
"Memang suasana malam raya itu saya tak dapat rasai. Itu yang kalau terdengar lagu Dendang Perantau, terasa sebak jugalah," jelasnya jujur.
Sama seperti Radhi dan juga Asheed, anak juga merupakan perkara yang menjadi keutamaan kepadanya.
"Pengalaman dan juga perasaan kami bertiga lebih kurang sama. Apa yang Radhi dan Asheed sudah lalui, saya juga sudah rasa. Cerai itu membuatkan kita sakit namun dalam masa yang sama membuatkan kita lega.
"Perasaan sepi, sedih dan sunyi itu memang terasa sangat. Namun peredaran masa menyembuhkan perkara tersebut. Lagipun, kitapun kenalah pandai untuk menyibukkan diri agar kita tidak asyik berfikir perkara yang akan membuatkan kerja pun tak jalan.
"Apa-apa pun, selagi anak ada, semua perkara akan menjadi baik. Kadang-kala kalau tak dapat jumpa anak, mood pun boleh jadi tak menentu.
"Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi. Kalau dah sampai tahap macam ini, memang saya akan terus pergi ambil anak. Kalau dapat bercakap melalui telefon pun cukuplah," katanya bersungguh dan kini sibuk menguruskan CD Naz Boutique yang rancak beroperasi melalui laman sosial Facebook.
Ditanya adakah dia bersedia menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan solonya ketika ini, CD Naz memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
Roman Arogan
Bermula hanya sekadar idea 'main-main', akhirnya perkara yang dianggap tidak serius itu kini sudah pun menjadi satu kenyataan.
Asheed, Radhi dan juga CD Naz kini telah berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagu bertajuk Roman Arogan, satu konsep yang sangat berbeza dengan latar belakang muzik tiga lelaki tersebut.
Lagu dan lirik Roman Arogan telah dihasilkan oleh Ahmad Abdullah dan ketika sesi pra dengar single berkenaan, tidak salah kiranya dikatakan bahawa lagu tersebut bakal mendapat sambutan.
Menurut Ahmad, ketiga-tiga artis tersebut memberikan peluang kepadanya untuk menghasilkan lagu yang cukup berbeza dan juga segar.
"Selain daripada Roman Arogan, saya juga turut menggubah tiga lagi lirik dan lagu baru untuk Radhi, CD Naz dan juga Ashhed.
"Apa yang dihasilkan nanti memang sangat berbeza. Bolehlah diibaratkan macam sesuatu yang lain daripada apa yang kita dah biasa dengar daripada tiga orang ikon muzik ini," jelasnya sebelum menutup bicara.
Buat konsert untuk peminat
Adele pasang cermin kalis peluru
Superman, Man of Steel
RJ temui pengganti
Aziz Sattar tubuh yayasan bantu anak seni tercicir
Mula diberi kepercayaan
Beyonce berjaya
Nyonya & The Gang menggeletek cara nakal
Anugerah Blokbuster 2
Filem adaptasi novel tiada harapan
Penulis novel perlu dihargai
Teater minat, menyanyi hobi
Popularkan fesyen bertudung
Kisah cinta Hafiz
Sarimah kembali menyanyi
Oprah derma RM37.6 juta
Telefilem usahasama pertama Malaysia-Vietnam
Selepas 4 tahun, teater Putera Salang Ur akhirnya dipentaskan
Darah muda Heart-A-Tack berbisa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










