VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 26/08/2012

Tak ralat tolak rezeki

TANPA saya sedar setiap tahun sejak mula jadi penyanyi saya akan ambil semua undangan pentas. Tak pernah fikir sangat pasal raya asalkan ada job yang boleh saya buat. Tahun ini saya mahu berehat!" kata Alif Sattar kepada Pancaindera baru-baru ini.

Antara sedar dan tidak, ada benarnya kata-kata yang diluahkan oleh lelaki yang baru mencecah usia 23 tahun ini. Perit jerih yang sudah dilalui sepanjang tahun tidak wajar diteruskan pada hari kemenangan umat Islam khususnya.

Namun segalanya berbalik kepada pendirian setiap orang tentang perkara berkenaan. Ada yang terpaksa bekerja kerana mencari rezeki dan ada pula yang memang tidak mempedulikan lebaran semata-mata mengejar wang ringgit.

Pendirian Alif jelas. Dia sedar ada kalanya keluarga dan sahabat handai perlu diutamakan berbanding pekerjaan yang memang tidak pernah habis sampai bila-bila.

“Sudah tiba masanya untuk saya ambil kesempatan ini untuk berehat seketika. Setiap tahun pun memang saya akan meraikan hari raya. Bukanlah sampai tak ada masa langsung sebab kejar duit.

“Rezeki ni kalau kita cari memang akan dapat. Nak seimbangkan dengan tuntutan lain tu yang paling penting. Kalau kejar rezeki tapi abaikan keluarga dan ibadah pun tak guna.

“Jadi untuk tahun ini memang saya lebih banyak menumpukan hal pada keluarga, ibadat dan lain-lain hal. Macam bulan Ramadan yang lalu, saya banyak ke masjid dengan ahli famili yang lain sebab ini sahaja masa yang ada untuk kami bersama," kata Alif lagi.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Lelaki Seperti Aku menambah, setiap tahun dia tidak pernah lupa untuk pulang ke Pulau Pinang bertemu dengan saudara mara, serta sahabat handai yang masih ada di sana.

Memandangkan dia pulang ke kampung menjadi aktiviti wajib setiap tahun, Alif biasanya akan menziarahi kubur saudara maranya yang telah pergi seterusnya melawat datuknya.

“Memang setiap tahun saya akan buat perkara yang sama. Ada orang tanya tak bosan ke buat perkara yang sama? Jawapan saya mudah sahaja, tidak sebab kami jarang berkumpul. Bila dah berkumpul tu macam-macam perkara yang akan jadi.

“Setiap tahun seluruh keluarga besar saya akan buat barbeku sambil mendengar macam-macam cerita. Dulu masa kecil-kecil memang meriah. Bila dah besar masing-masing semakin matang.

“Tak lama pun saya balik kampung. Lepas dua hari terus pulang semula ke Kuala Lumpur sebab kebanyakan saudara-mara memang sudah menetap di sini. Nak menziarahi mereka pula," kata Alif yang cukup gemar menikmati ketupat dan kari kambing.

Nama Alif Sattar mula diperkatakan sejak menyertai rancangan realiti One In A Million pada tahun 2006. Biarpun tidak berjaya menjadi juara pertandingan tersebut, bakat besar yang dimiliki oleh Alif berjaya menjadi penyambung hayatnya di dalam industri seni tempatan.

Tidak dinafikan Alif antara penyanyi yang paling bebas daripada gosip dan sebarang kontroversi. Malah, penyanyi ini juga turut diminati oleh beberapa nama besar penyanyi yang lebih ternama berdasarkan pencapaian cemerlang Alif.

Tidak mahu terus mendabik dada dengan kata pujian orang, Alif tahu perjalanannya masih jauh dan memerlukan usaha dan kerja keras yang beterusan. Sudah keluar dengan dua album penuh sebelum ini, Alif mahu meneruskan kesinambungan dengan produk terbaru sedikit masa lagi.

“Saya harap lagu Pendusta ciptaan Zimi Sofazr yang dijadikan single terbaru akan hit macam lagu lain. Dalam industri ini kita kena pantas memandangkan kalau lambat orang lain akan ke depan dan terus melupakan kita yang tak ada produk baru.

“Jadi saya kena pantas dengan menghasilkan lagu-lagu baru yang lebih bagus. Hanya ini cara yang perlu dilakukan untuk kekal bertahan sebagai penyanyi yang bagus," jelasnya.

Pembikinan video muzik penyanyi ini sudah pun siap sepenuhnya selain akan meneruskan tugas sebagai pengacara rancangan Idola Kecil untuk musim yang akan datang.

Menyentuh soal lakonan, Alif sebenarnya tidak meletakkan sasaran dalam bidang yang baru sahaja diceburinya itu. Kecintaan dalam bidang nyanyian tidak pernah pudar walaupun sudah berlakon dalam beberapa buah drama bersiri.

Antara drama yang banyak menaikkan namanya termasuklah Suria Di Cordova dan Buddy yang disiarkan Astro baru-baru ini.

“Minat secara menyeluruh untuk berlakon masih belum ada. Saya lebih banyak memilih skrip yang memang menarik dan sedikit memilih. Kalau ada tawaran yang benar-benar menarik barulah saya terima.

“Buat masa ini fokus saya untuk menyiapkan album terbaru yang dijadualkan pada hujung tahun ini," tegas Alif lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.