VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 26/08/2012

FIFFY takut dikata liar

Setiap tindakan dan keputusan dibuat perlu mendapat restu ibu bapa terlebih dahulu.

TANPA disedari Fiffy Natasya kini sudah berusia 19 tahun dan menjadi anak dara sunti kepada ibu, Faridah dan bapanya, Suhaimi. Perwatakan diri yang matang semakin terserlah dan lontaran ideanya cukup berlainan berbanding sewaktu mula-mula bergelar anak seni kira-kira sembilan tahun lalu. Perubahan positif yang berlaku pada pelakon ini juga boleh dilihat pada cara pemilihan dan membuat keputusan. Ternyata pelakon drama Kuli Kuat Kupang ini juga semakin berani memilih watak yang lebih berat dan boleh menunjukkan sisi bakat`nya yang pelbagai.

Perubahan itu boleh dilihat apabila Fiffy bersetuju membawakan watak liar dalam filem ketiganya berjudul Leftwings. Apa yang membuatkan Fiffy ambil keputusan berani melakonkan watak hitam sebegitu?

“Sebelum ini saya hanya berpeluang melakonkan watak budak sekolah, remaja saja. Tapi bila diberi peluang sebegini, saya tidak akan lepaskan peluang. Lagi pun saya tertarik dengan skrip dan nak cari kelainan.

“Memang orang cakap, watak hitam itu banyak kesan buruk buat artis itu. Sebab takut orang label artis tertentu itu liar. Ya, memang saya takut orang kata saya liar, tapi pada masa yang sama, apa yang saya lakonkan itu hanya watak rekaan semata-mata. Sedangkan dalam realiti kehidupan, saya sebenarnya orang biasa. Masih ada keluarga yang tegur kalau saya buat silap," hujahnya.

Kalau Fiffy takut hendak menerima kutukan, tapi kenapa masih mahu menerima tawaran berlakon watak hitam sebegitu? Jawabnya: “Saya cuma nak cabar bakat diri. Itu saja. Saya nak tengok respons daripada orang ramai. Kalau ramai yang menyampah dengan saya, maknanya saya kena lakukan sesuatu."

“Lagi pun, Leftwings adalah filem penuh pengajaran terutama buat golongan remaja. Saya harap orang nampak mesej tersirat bila filem itu di pawagam pada 30 Ogos ini," sambungnya.

Adakah itu bermakna Fiffy takut dikritik dengan lakonan sendiri? Sambil menggelengkan kepala., kata Fifi: “Kritik itu normal. Tak kiralah sama ada kritikan membina atau nak menghentam. Sebab itu saya tak kisah."

Tolak kontroversi

Dalam pada masa yang sama, pelakon telefilem Vanila Coklat versi Aidilfitri ini juga menolak jalan kontroversi untuk lekas meraih populariti. Katanya, dia rela bertatih dari bawah, membuktikan pada semua tentang bakat diri berbanding menjaja cerita yang bukan-bukan.

“Saya tak akan cari publisiti murahan menerusi cerita kontroversi. Tak kisahlah sama ada ciptaan saya sendiri atau rekaan orang lain. Saya tahu dugaan orang seni ni macam-macam, sebab itu saya dah bersedia awal-awal lagi. Biarlah lambat naik, asalkan jalan yang kita pilih itu baik dan diberkati," katanya yang meraikan Aidilfitri di kampungnya, Kota Bharu, Kelantan.

Perkembangan Fiffy boleh diikuti menerusi Twitter iaitu @fiffynatasya atau Facebook di Fiffy Natasya Kawaii.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.