ARKIB : 25/08/2012
Ekstrem cara Cassandra
SEBUT sahaja istilah muzik hard-core, pasti ramai yang menggambarkan alunannya berbentuk ‘keras’ dengan bunyi-bunyian bising yang lebih ekstrem daripada versi biasanya.
Namun bagi Cassandra, muzik mereka lebih cenderung kepada pembawakan gaya hidup positif menerusi idealogi tersebut.
Terdiri daripada Ahmad Kasyful Azim (vokal), Muhammad Khairul Anuar Ghazali (gitar), Muhammad Azhari Abdullah (gitar), Syed Mukhriz Shah Syed Nurulzaman (bass) dan Mohd. Syukri Shafie (drum).
Daripada pecahan tiga kumpulan berbeza (Killed By Accident, Groundless Victims dan Foreground Divisions), lima jejaka metrosexual ini mula bergabung dan menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Cassandra.
Membawa irama berbentuk Metal Core, kesemua daripada mereka dikatakan membesar dengan alunan muzik tersebut.
Malah irama tersebut membantu mereka menghilangkan stress ketika sesi jamming.
Selepas menubuhkan kumpulan ini, mereka mula menghasilkan album berbentuk ep setahun kemudian seperti 3 Way Split, Custom Dazy dan Nerve Wreck.
Dengan penghasilan ep tersebut, nama Cassandra semakin menjadi perhatian buat peminat underground (UG) dan bagi menghargai peminat, mereka muncul dengan ep seterusnya bertajuk Pay Us Suicide dan The Regional Alliance.
Malah mereka juga bekerjasama dengan dua band luar negara iaitu Force Again (Poland) dan The Pheonix (Itali) dalam penghasilan beberapa buah lagu kolaborasi bersama dalam album Set Eyes On Paradise.
Bagi peminat yang ingin mengikuti perkembangan mereka bolehlah lawati laman www.facebook.com/cassandrahc dan www.twitter.com/cassandraxhv. - SYAHRIL/DJOHAN SHAHRIN SHAH
Saldana lebih selesa ramai rakan lelaki
Konsert 'Apo Kono Eh Jang' dibanjiri peminat
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









