ARKIB : 19/08/2012
Kenangan raya artis veteran
SUATU ketika dahulu, mereka sering mewarnai industri seni tempatan dengan lakonan serta nyanyian yang sehingga kini masih segar dalam ingatan kita.
Walaupun kini mereka telah menyepi dari dunia seni, namun sumbangan mereka tidak pernah dilupakan.
Baru-baru ini bertempat di Saloma Bistro, satu majlis tahunan berbuka puasa Seniman dan Seniwati Veteran telah diadakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bistro & Theatre Sdn. Bhd. , Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir yang turut dihadiri Pengerusinya, Datuk Dr. Victor Wee.
Pancaindera sempat menemubual beberapa seniman dan seniwati terkenal tanah air menceritakan pengalaman sedih mereka ketika menyambut hari lebaran sebelum ini.
Teringat arwah anak - Zaiton Sameon
Siapa yang tidak mengenali penyanyi hebat Zaiton Sameon yang satu ketika dulu pernah mencuri hati ribuan para peminat seni tanah air dengan kelunakan suaranya.
Namun, sedang dia mencipta nama ketika eranya itu, kemalangan pada 21 Februari 1990 telah meragut kebahagiaan Zaiton. Dia kehilangan anak lelaki kesayangannya, Azirwan Abu Bakar.
“Setiap kali menjelang lebaran, hati saya cukup sayu mengenangkan arwah anak, saya masih tidak percaya sehingga sekarang dia telah pergi meninggalkan saya.
“Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya selama ini, saya harap saya akan tabah menghadapi segala ujian-Nya," kata Zaiton dalam nada sayu.
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Ning Baizura lancar lagu terbaharu Pelangi Untukmu
Tidak mahu kontroversi
Jauh daripada kegelapan
Berjaya juga
Timba ilmu sambil berhibur
Ain Nordin akui bukan lagi tunangan pemain bola
Bahagia bersama anak-anak
Dera orang tua
80 peratus artis tiada rumah sendiri
Pekin bukan batu api
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









