ARKIB : 18/08/2012
ISDP yang versatil
ANTARA kumpulan indie yang semakin mencuri perhatian peminat muzik underground ketika ini adalah I See Dumb People (ISDP).
Mereka bukan sahaja mendapat perhatian kerana nama yang unik tetapi lagu ciptaan sendiri yang mudah disaksikan di laman Youtube.
Lagu seperti Duri Sendiri, Instrumental Let's Berdesup, Komposisi Ideologi, Brain Dead, Tipu Orang Takde Otak (TOTO), It's Me Or My Word dan Dakwat Merah mengangkat nama kumpulan ini di kalangan peminat tersendiri.
Kumpulan dianggotai Nazreen Abdullasim (vokal dan gitar), Mohamad Azril Shahuddin (bass), Muhammad Faris Nordin (gitar) dan Mohamad Aizuddin Sabtu (drum) itu ditubuhkan pada 2002.
Empat anak muda ini sebenarnya berlainan latar belakang dari segi genre muzik yang diminati. Dari Blues, Punk Rock dan Metal Core akhirnya mereka memilih alunan third wave ska punk.
Dengan bunyi-bunyian yang unik dalam setiap lagu mereka, pendengar tidak perlu risau kehilangan pedoman kerana lagu mereka mudah didengari.
Malah menurut mereka, elemen ska yang diperjuangkan dikatakan yang paling versatil.
Ini kerana, versi cross genre membolehkan mereka mencampuradukkan pelbagai genre muzik lain dalam lagu mereka.
Nilai sendiri kehebatan mereka menerusi laman www.facebook.com/iseedumbpeople, reverbnation.com/iseedumbpeople, pvrevolume.com/ iseedumbpeople dan youtube.com/isdpTV. - SYAHRIL/WAHIDIN SALIM
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









