VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 16/08/2012

Kurus cara Dya D'Masha

NAS ADILA menggunakan produk D'Apple Fiber untuk memastikan badan kekal langsing dan perut tidak buncit.

PERUT kedut dan menggeleber selepas turun berat badan? Situasi ini pasti mengundang rasa tidak selesa kepada sesiapa sahaja.

Setiap orang mahukan badan yang sempurna tanpa sebarang lemak degil. Namun impian itu tidak mungkin dapat dicapai jika tidak sabar sehingga sanggup mengambil produk yang mengandungi kandungan berbahaya.

Kurusnya tidak juga, malah ada yang bertambah berat badan.

Kini, orang ramai tidak perlu risau dengan masalah berat badan yang membebankan kerana rangkaian produk Dya D'Masha boleh membantu penurunan berat secara berganda bagi membuang segala lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh di samping kesihatan turut terjamin.

Pengarah Urusan ZMASHA Marketing Resources, Ziela Che Nor berkata, produk D'Apple Fiber dan Try 2 Slim memberi fokus kepada tiga golongan yang mempunyai masalah dengan tubuh mereka.

"Saya dapati ramai yang mempunyai masalah perut buncit, obesiti dan kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ada yang tidak berjaya kurus. Malah masalah berat badan makin menjadi-jadi.

"Justeru rangkaian produk ini cukup lengkap dengan kandungan yang 100 peratus selamat di samping kesannya boleh dilihat dalam masa dua minggu mengikut tahap metabolisme seseorang itu," katanya.

Menurut Ziela, D'Apple Fiber sesuai untuk mereka yang ingin mengatasi sembelit dan lemak degil di perut sehingga menyebabkan buncit.

"Tumpuan produk Try 2 Slim pula untuk lelaki dan wanita yang berusaha mengamalkan diet yang menyusahkan untuk mengekalkan berat badan mahupun menurunkan berat badan.

"Jumlah pengambilan produk Try 2 Slim bergantung kepada tujuan seseorang itu sama ada ingin mengekalkan berat badan atau menurunkan berat badan," katanya.

Ziela berkata, jika pengguna hanya mahu mengekalkan bentuk tubuh, memadai dengan mengambilnya dua hari sekali.

Manakala mereka yang mahukan berat badan turun, disarankan mengambilnya dua kali sehari.

"Pengambilan produk itu sebagai makanan tambahan mampu meningkatkan kadar metabolisma sekaligus membendung rasa lapar.

"Mereka yang sering rasa lapar keterlaluan akan dapat mengawalnya selepas mengambil produk D'Apple Fiber.

"D'Apple Fiber mengandungi serat organik berasaskan epal, sel stem epal dan kolagen yang tinggi bagi membantu mengawal perut buncit, sembelit dan obesiti.

"Selain diambil sebagai makanan tambahan, organik epal fiber merupakan keperluan harian dalam pemakanan kita yang sering dinasihatkan oleh pakar diet," katanya.

Menurut Ziela, setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram serat larut sehari untuk menyingkirkan toksin dan mengurangkan lemak berlebihan termasuk kolestrol dalam badan.

"Fiber epal juga bertindak membuang toksin dalam usus dan mengawal fungsinya serta dapat mengelakkan daripada sembelit.

Dalam pada itu, fungsi kolagen dan stemcell dalam D'Apple Fiber pula tidak akan menjadikan kulit perut kedut dan menggeleber selepas mendapat berat badan yang diingini. Kolagen mempertahankan keanjalani kulit, memperbaiki sendi, tulang dan kulit menjadi licin.

Bagi produk Try 2 Slim pula, ia selamat digunakan bagi lelaki dan wanita dan berkesan untuk menghalang lemak tersimpan serta mampu menurunkan berat badan secara berperingkat terutama yang mempunyai badan gemuk air.

Formulasi Try 2 Slim adalah minuman sempurna yang bertindak memberikan rasa kenyang atau mengurangkan pengambilan makanan sehingga mampu menguruskan badan tanpa kegemukan semula.

Untuk kesan yang lebih efektif, pengambilan bersama D'Apple Fiber (malam) amatlah disyorkan kerana serat yang terkandung dalam D'Apple Fiber terbaik dalam proses pembuangan lemak yang tidak diperlukan, manakala Try 2 Slim (bila-bila masa) mengawal pemakanan yang berlebihan, menyegar dan mengembalikan tenaga dan mencergaskan minda.

Bagi duta produk, Nas Adila berkata, sebagai seorang artis dia perlu menjaga penampilan wajah dan tubuh badan. Perut adalah aset paling utama perlu diberikan perhatian supaya tidak buncit.

"Perut buncit yang paling saya bimbang. Pengambilan satu sachet D'Apple Fiber selepas makan malam, saya pasti akan melalui pembuangan pada esok harinya (lemak, minyak dan kolestrol yang tidak diperlukan terbuang).

"Manakala kolagen yang terkandung di dalamnya membuatkan kulit di bahagian perut atau seluruh badan halus dan anjal," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi 012-6252631/019-2392240/0126716969 atau layari laman web www.dmasha.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.