ARKIB : 11/08/2012
Dari Kuala Lipis ke pulau radio
ENGGELARKAN diri sebagai Radio Island, lima anak muda dari Kuala Lipis dan Melaka mula mengorak langkah keluar dari kepompong bawah tanah ke arena main stream setelah dilamar oleh pihak Universal Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Mempertaruhkan genre muzik pop alternatif rock, Radio Island bakal muncul dengan album enam lagu pertama berbahasa Melayu awal tahun hadapan.
Dianggotai oleh Islahuddin Sulaiman (gitar dan vokal), Azreen Hussin (bass), Baizuddin Hussin, (keyboard), Mohamad Faez Abdul Khalid (gitar) dan Mohd. Farhan Ismail (drum) mula menubuhkan kumpulan ini sejak dua tahun lalu.
Dipengaruhi oleh muzik yang di bawa oleh kumpulan Muse, Radio Island menampilkan lagu yang easy listening bertajuk Ceritera Cinta, Kertas Warna, Hilang, Satu dan Sedih.
Lagu-lagu yang dibawanya itu mengikut arus perkembangan dan pasaran semasa yang tidak lari daripada bertemakan cinta.
Dari sebuah bandar kecil, mereka mula mengorak langkah dengan menyertai pelbagai pertandingan muzik atau gig, antaranya seperti Battle of the Band Youth 2010, Sound Stage ROTTW dan yang paling melonjakkan nama kumpulan ini melalui BN Youth Music.
Kebanyakan pertandingan yang mereka sertai pasti mendapat tempat 10 terbaik dan nampaknya rezeki mereka semakin baik pada tahun ini.
Nantikan kemunculan album pertama mereka atau bagi yang ingin mendengar alunan muzik mereka bolehlah layari laman http://www.facebook.com/radioisland. -SYAHRIL/JEFFRI IRAN
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









