ARKIB : 11/08/2012
Dunia Muzik
KALAU sudah minat, dari kecil hingga besar, sudah pasti perkara tersebut tidak dapat dipisahkan. Begitu jugalah minat Ungku Ismail Ungku Aziz terhadap muzik sangat mendalam yang sudah terbentuk dalam dirinya sejak kecil lagi.
Mendapat galakan daripada kedua-dua ibu bapanya, minatnya itu kini sekadar menjadi pengisi masa lapangnya kerana dia kadang-kala sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.
"Kalau dulu, selalu juga saya dapat main gitar atau keyboard, tetapi sekarang ini kena tunggu ada masa lapang atau pun jika berkesempatan sebelum penggambaran.
"Saya memang dari kecil sudah berminat dengan muzik. Masa umur 15 tahun, ayah sudah belikan kereta dan 16 tahun, mak pula belikan gitar baru.
"Tapi muzik saya ini biasanya memang payah sikit orang nak suka dengan apa yang saya mainkan," kata pelakon Syurgamu Ramadhan ini sambil memetik gitar.
Selain itu, Ungku Ismail juga mengatakan dia tidak suka memainkan semula lagu-lagu artis lain.
"Saya memang tidak suka mainkan lagu orang. Boleh dikatakan saya lebih suka buat lagu sendiri.
"Bagi saya, ia memberi kepuasan kerana dapat mencipta sesuatu yang saya suka dan apa yang kita ingin dengar," kata jejaka berusia 27 tahun ini yang pernah mengarah filem Ramadhan Terakhir yang disiarkan di TV3 tidak lama dahulu.
Meminati genre Swedish Metal, dia juga memberitahu pernah menghantar beberapa karyanya kepada komposer terkenal Audi Mok.
"Reaksi Audi Mok memang positif tetapi dalam masa yang sama, saya kena ubah sikit lagu tersebut bagi memenuhi kehendak telinga pendengar.
"Apabila kena ubah lagu, memang saya keberatan sikitlah. Bukan apa, kalau boleh saya tidak mahu lagu saya sama macam yang lain.
"Saya sukakan sesuatu yang berbeza dan tidak klise.
"Lagipun dalam setiap lagu yang saya hasilkan, ia bukan muzik semata-mata, sebaliknya ia mempunyai maksud yang sangat mendalam.
"Sebab itulah, kalau ada mana-mana pihak yang minta saya ubah sedikit lagu yang saya hasilkan, memang saya tak nak ubah sebab susunan lagu itu sendiri mempunyai maksud tersendiri," jelas peminat setia kumpulan muzik luar negara, Nine Inch Nails ini bersungguh.
Saldana lebih selesa ramai rakan lelaki
Konsert 'Apo Kono Eh Jang' dibanjiri peminat
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









