ARKIB : 08/08/2012
Asli atau ciplak?
SEJAK akhir-akhir ini industri penerbitan drama di televisyen memang cukup rancak. Tidak dinafikan juga, kebanyakan program, telefilem dan drama bersiri semuanya berkualiti serta berada di tahap yang boleh dibanggakan.
Pembikinan yang setaraf dengan kualiti filem membuktikan bahawa sebenarnya anak tempatan juga mempunyai kreativiti yang tidak harus dipandang enteng.
Tetapi yang tidak sedapnya, masih lagi ada pembikin yang dikatakan cuba menciplak karya luar lalu dijadikan hasil kerja sendiri.
Baru-baru ini, drama bersiri Dejavu Di Kinabalu arahan Erma Fatima terkena tempias apabila dikatakan meniru drama popular Korea, Summer Scent.
Mungkin ramai yang perasan sebab drama itu popular, meskipun dinafikan Erma.
Ada sebuah lagi drama bersiri yang kalau diperhatikan cuba meniru konsep Hollywood. Nak kata drama ini popular dan meletup-letup, tidak ada pula yang menceritakan kehebatannya. Jangan terkejut kalau ada yang mengerut dahi sebagai tanda tidak tahu.
Drama yang dimaksudkan ialah Keluarga Iskandar yang ditayangkan di Astro Prima setiap hari Selasa.
Sempatlah juga salah seorang wartawan Hits menonton salah sebuah episod baru-baru ini. Itupun selepas diberitahu oleh ibunya yang mengadu tentang konsep drama itu.
Selepas menonton untuk beberapa minit, si wartawan naik rimas. Memang tidak syak lagi, konsep drama itu mirip sangat dengan siri komedi popular Hollywood, Modern Family.
Jelasnya lagi, dia menonton drama itu pun kerana mahu menonton lakonan aktres pujaannya, Susan Lankester yang sudah lama tidak muncul di televisyen.
"Bukan hendak menidakkan karya tempatan tetapi kalau dah konsep pun sama macam Modern Family, apakah itu satu keaslian yang mahu ditonjolkan oleh Keluarga Iskandar?
"Bukan terhibur lagi dah, naik meluat adalah. Semua lakonan jadi tidak asli dan seperti dibuat-buat. Jenakanya pun tidak menjadi. Kalau tidak percaya, tontonlah sendiri kedua-duanya," ngomel wartawan itu lagi.
Apakah persamaan Keluarga Iskandar dan Modern Family itu satu kebetulan atau memang hendak meniru bulat-bulat? Penerbit, boleh jawab?
Buat konsert untuk peminat
Adele pasang cermin kalis peluru
Superman, Man of Steel
RJ temui pengganti
Aziz Sattar tubuh yayasan bantu anak seni tercicir
Mula diberi kepercayaan
Beyonce berjaya
Nyonya & The Gang menggeletek cara nakal
Anugerah Blokbuster 2
Filem adaptasi novel tiada harapan
Penulis novel perlu dihargai
Teater minat, menyanyi hobi
Popularkan fesyen bertudung
Kisah cinta Hafiz
Sarimah kembali menyanyi
Oprah derma RM37.6 juta
Telefilem usahasama pertama Malaysia-Vietnam
Selepas 4 tahun, teater Putera Salang Ur akhirnya dipentaskan
Darah muda Heart-A-Tack berbisa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










