ARKIB : 08/08/2012
Pattinson malu, rasa terhina
SEJAK skandal kecurangan kekasihnya, Kristen Stewart dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders, 41, terbongkar, Robert Pattinson lebih senang mengambil langkah menyendiri.
Jelas sekali aktor berusia 26 tahun itu kecewa dengan apa yang berlaku. Ini kerana dia belum dapat berhadapan dengan orang ramai termasuk mengambil keputusan untuk tidak hadir sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini.
"Dia telah membatalkan kehadirannya ke sidang akhbar di Amerika Syarikat untuk mempromosi filem Cosmopolis, yang dijangka akan ditayangkan di New York tidak lama lagi," tulis Entertainemnt Tonight.
Nampaknya berita sebelum ini yang melaporkan aktor itu menghilangkan perasaan duka dengan berparti bersama rakan-rakannya di London adalah tidak benar.
Sebaliknya Pattinson yang benar-benar tertekan dengan apa yang berlaku ke atasnya, lebih senang menghindarkan diri daripada publisiti.
"Dia benar-benar tertekan dan kecewa. Pattinson terkejut dan tidak menyangka Stewart sanggup mengecewakannya. Hubungan sulit Stewart dengan Sanders benar-benar memalukan Pattinson," kata sumber terdekat dengan aktor itu.
Jika Pattinson melarikan diri daripada pihak media, Sanders pula tidak gentar untuk berhadapan dengan paparazzi.
Dalam kemelut cinta barunya dipaparkan, pengarah itu dilihat masih memakai cincin perkahwinan dengan wajah yang selamba sewaktu keluar berjalan-jalan di Los Angeles. Sanders turut membuat kenyataan mohon maaf secara terbuka kepada isterinya dengan kata-kata: "Saya benar-benar menjadi tidak keruan dengan apa yang telah saya cetuskan di kalangan keluarga. Hanya isteri dan anak-anak sahaja yang saya ada di dunia ini. Saya berharap kami dapat melalui kehidupan akan datang dengan bahagia."
Saldana lebih selesa ramai rakan lelaki
Konsert 'Apo Kono Eh Jang' dibanjiri peminat
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









