ARKIB : 08/08/2012
Lambaian terakhir
SELEPAS enam bulan, penyanyi tersohor dunia, Whitney Houston meninggal dunia, sehingga ke hari ini, peminat serta penggemar masih meratapi pemergiannya.
Kehilangan Houston begitu besar maknanya sehinggakan mereka menolak untuk menerima bintang lain untuk disamakan dengan penyanyi popular itu.
Biarpun begitu, legasi seninya akan terus dikenang dan Houston sendiri sudah diangkat sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik yang pernah lahir di dunia dengan kehebatan suaranya itu.
Tidak hanya menyanyi, bakat Houston juga sudah terbukti sebagai seorang pelakon. Sepanjang kariernya, dia sudah membintangi tiga buah filem iaitu The Bodyguard, Waiting To Exhale dan The Preacher's Wife.
Di kala namanya jatuh merudum, Houston masih sempat membintangi filem keempat dan terakhirnya, Sparkle yang akan ditayangkan pada 17 Ogos ini.
Sewaktu sedutan filem itu dimuat naik di Internet baru-baru ini, ramai yang memuji lakonan Houston dan menyifatkan dirinya masih mempunyai pesona di layar perak.
Bukan itu sahaja, dia juga sempat menyumbangkan suara untuk sebuah lagu secara solo, His Eye Is On The Sparrow meskipun kualiti vokalnya tidak serupa sebelum dia melibatkan diri dengan dadah.
Sudah pasti, Sparkle yang turut memperlihatkan juara American Idol musim keenam, Jordin Sparks sebagai teraju utama akan menjadi filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat Houston.
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Ning Baizura lancar lagu terbaharu Pelangi Untukmu
Tidak mahu kontroversi
Jauh daripada kegelapan
Berjaya juga
Timba ilmu sambil berhibur
Ain Nordin akui bukan lagi tunangan pemain bola
Bahagia bersama anak-anak
Dera orang tua
80 peratus artis tiada rumah sendiri
Pekin bukan batu api
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









