ARKIB : 07/08/2012
RM15 juta dana Finas
SEBAGAI agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Finas bukan setakat membantu menyemarakkan industri perfileman tempatan. Malah, pada masa sama bertanggungjawab dalam melahirkan rasa patriotik rakyat di negara ini menerusi filem.
Menurut Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak, pihaknya sentiasa berusaha bagi menghasilkan filem-filem kenegaraan bagi mengisi kuota tersebut. Untuk itu, Finas telah menyediakan dana kepada pengarah yang terpilih untuk menjayakan projek tersebut.
"Selepas Tanda Putera, akan ada dua lagi filem yang diterbitkan dengan kerjasama Finas berjudul Between Two Skies dan Hanyut yang akan menemui para penonton. Finas menggalas tanggungjawab sosial ini kerana tidak ramai penerbit yang mahu menerbitkan filem genre ini.
"Sama ada ia mendapat sambutan para penonton atau tidak, kita akan tetap meneruskan usaha ini. Pelbagai formula akan dicari bagi memastikan filem-filem kenegaraan juga boleh setanding tarikannya dengan filem-filem genre," ulasnya.
Kata Mohd. Naguib, Finas telah menyediakan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan berjumlah RM15 juta dalam bentuk pembiayaan seperti yang dipersetujui perbadanan itu bagi penerbitan tiga hingga lima filem setahun.
Jelasnya, tujuan utama pengeluaran filem-filem kenegaraan ialah bagi mendidik generasi baru mengenai warisan sejarah negara dan meningkatkan patriotisme melalui filem-filem yang berunsurkan sejarah termasuk rekod-rekod perjuangan tokoh dan peristiwa bersejarah.
Ia juga bagi meningkatkan lagi kualiti penerbitan filem-filem berdasarkan kepada topik-topik kenegaraan yang tidak mungkin dibuat oleh penerbit-penerbit kerana kurangnya potensi daripada segi komersial selain sebagai rekod dan warisan negara pada masa depan.
"Sebelum ini kita telah ada beberapa buah filem yang ada kaitannya dengan sejarah dan patriotik seperti filem Leftenan Adnan, Paloh dan Embun di mana walaupun ia bukanlah filem bertaraf kutipan tiket box-office tetapi sebagai agensi kerajaan Finas tetap menyokong penerbitannya," ujarnya.
Dengan adanya galakan terutama dana daripada Finas diharap selepas ini industri perfileman tempatan tidak akan putus dengan filem dalam genre ini.
Cuma yang harus diberi penekanan ialah aspek jalan cerita, kajian terperinci dan strategi pemasaran agar ia boleh pergi jauh.
Penerbitan dan tayangan filem dalam genre ini juga tidak seharusnya dipalitkan dengan situasi politik yang mana ia harus dipandang secara positif tanpa mengira parti politik demi kelangsungan bidang perfileman tempatan pada masa yang datang.
Paling penting juga ialah sesebuah filem patriotik tidak boleh dari daripada jalan beriringan dengan filem-filem komersial yang lain demi kesinambungannya pada masa depan.
Elemen fiksyen wajib ada kerana meruntun para penonton berkunjung ke pawagam.
Contohnya lihat sahaja filem Titanic yang berjaya mengutip kutipan tiket lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) bukanlah memfokuskan kepada fakta sejarah tenggelamnya kapal Titanic tetapi ia adalah atas kekuatan kisah tragis percintaan antara watak Jack Dawson dan Rose Bukater.
Meskipun watak Jack adalah rekaan semata-mata tetapi pengarah filem itu, James Cameroon berjaya memanipulasi sejarah Titanic sehingga para penonton di seluruh dunia menangis sewaktu menonton filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet tersebut.
Resipi seperti itu seharusnya digunapakai bagi menghasilkan cerita-cerita yang menarik termasuklah dalam filem-filem yang berunsurkan kenegaraan. Jika adanya tarikan seperti itu, maka tidak mustahil filem-filem kenegaraan tempatan mungkin tidak akan dipandang 'sebelah mata' lagi.
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









