VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 07/08/2012

Cabaran filem kenegaraan tempatan

SALAH satu adegan filem 1957: Hati Malaya yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba bukan sahaja sarat dengan unsur sejarah tetapi juga perpaduan antara rakyat berbilang bangsa di negara ini.

FILEM patriotik atau bersifat kenegaraan biasanya berkait rapat dengan jati diri bagi meningkatkan rasa kecintaan para penonton terhadap negaranya. Elemen-elemen sejarah yang mengaitkan para pemimpin atau seseorang tokoh juga sering digunakan sebagai daya tarikan.

Bidang perfileman tempatan tidak terkecuali mengetengahkan filem-filem bercorak patriotik.Pada 1960-an, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah menghasilkan filem seperti Sarjan Hassan yang mengisahkan perjuangan menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Filem Bukit Kepong pula pada 1981 diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin.

Malah, pada hari ini dunia perfileman tanah air turut tidak ketinggalan meneruskan kesinambungan penghasilan filem-filem kenegaraan bagi memenuhi keperluan semasa. Ia bagi mengisi kekurangan filem dalam genre kenegaraan sejak kebelakangan ini.

Paling penting filem-filem patriotik boleh dijadikan alat untuk menjana jati diri dan bahan rujukan untuk tatapan generasi akan datang. Terbaru, pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba tampil dengan filem kenegaraannya yang terbaru Tanda Putera.

Ini adalah kali kedua Shuhaimi menghasilkan filem dalam genre itu selepas filem 1957: Hati Malaya pada 2007. Sayangnya, filem-filem berbau patriotik seakan-akan kurang mendapat tempat di hati para penonton. Katanya, hakikat itu dapat dilihat berdasarkan kutipan tiket filem arahannya itu.

"Filem 1957: Hati Malaya hanya mampu mengutip kutipan tiket RM480,000 sewaktu ia ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara lima tahun yang lalu sedangkan kos pembikinannya mencecah RM3 juta," katanya sewaktu ditemui Mega di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

1957: Hati Malaya yang menemui para penonton pada 25 Oktober 2007 itu merupakan filem yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang antaranya dilakonkan oleh Maya Karin dan Rusdi Ramli.

Ia adalah sebuah filem yang mengisahkan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British pada tahun 1956.

Tidak dinafikan filem itu menampilkan banyak elemen sejarah iaitu tentang perjuangan menuntut kemerdekaan. Bagaimanapun, ramai penonton yang mungkin sudah mengetahui secara lebih mendalam tentang susur galur sejarah yang cuba dipaparkan dalam filem itu.

Justeru, Shuhami cuba tidak 100 peratus memfokuskan kepada kisah-kisah sejarah negara dalam filem itu dengan mengungkap kisah percintaan watak lakonan Maya Karin dan Rusdi Ramli dalam 1957: Hati Malaya bagi mengheret para penonton keluar sedikit daripada genre itu.

Sayangnya, daya tarikan itu seperti masih tidak cukup untuk menjadikan 1957: Hati Malaya menarik para penonton ke pawagam. Daripada situ, antara yang boleh dipelajari ialah sesebuah filem kenegaraan tidak boleh 100 peratus berdiri atas kekuatan fakta sejarahnya semata-mata.

Kekuatan elemen fiksyen atau tokok tambah cerita lain perlu lebih kuat bagi menyokong fakta atau kisah-kisah sejarah yang sedia dimaklumi oleh para penonton bagi menjadikannya sama hebat tarikannya seperti filem-filem genre lain.

Dalam filem Sarjan Hassan misalnya, P. Ramlee bijak mengeksploitasi watak Hassan yang berdepan dengan pelbagai cabaran. Ini termasuklah percintaannya dengan seorang gadis di kampungnya. Pada masa sama, penaklukan tentera Jepun menambahkan lagi cabarannya.

Daripada kisah itu, P. Ramlee yang melakonkan watak Hassan hanya menjadikan latar Perang Dunia Kedua sekadar latar cerita sahaja. Sebaliknya kisah cinta dan persengketaannya dengan watak Aziz (lakonan Jins Shamsudin) menambah lagi tarikan dalam filem itu.

Secara tidak langsung latar cerita tentang kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan pada era itu berjaya membangkitkan rasa keinsafan serta semangat patriotik di hati para penonton. Ini adalah antara gaya persembahan menarik yang perlu ada dalam sesebuah filem patriotik.

Fakta

Pengarah filem yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam tidak menafikan tarikan yang ada dalam Tanda Putera. Beliau yang telah menonton filem itu menyifatkan ia lain daripada lain dan mampu lari daripada kepompong filem kenegaraan sebelum ini.

Katanya yang turut mengalirkan air mata sewaktu menyaksikan Tanda Putera berharap filem itu segera dapat ditayangkan di pawagam seluruh negara kerana ia bukan setakat sarat dengan elemen patriotik tetapi juga merangkumi mesej-mesej lain yang bersifat sejagat.

"Bagi saya, filem kenegaraan yang bagus ialah memaparkan 70 peratus fakta sejarah dan 30 peratus lagi bolehlah diisi dengan elemen-elemen fiksyen yang lain. Shumi (Shuhaimi) melakukan tugasnya dengan baik dan ia lebih baik berbanding 1957: Hati Malaya.

"Ia bukan memaparkan 100 peratus sejarah yang para penonton sudah tahu tetapi sebaliknya dia cuba mengisahkan tentang persahabatan dua sahabat iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail di belakang tabir yang orang tidak tahu. Ini adalah kelainan filem ini," komennya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.