VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 07/08/2012

Pelakon tak 'gigit jari' lagi

SERIUS... Jehan miskin antara artis muda yang banyak melontarkan idea dalam pertemuan dengan ismail sabri Yaakob baru-baru ini. Turut hadir beego dan fizz fairuz.

SETIAP kali badan perlindungan hakcipta royalti membabitkan penyanyi, komposer dan pemuzik mengumumkan keberuntungan mereka saban tahun, para pelakon hanya mampu 'gigit jari'.

Malah, pada ketika karyawan seni rakaman mendapat habuan yang keseluruhannya berjumlah puluhan juta ringgit saban tahun, pelakon hanya 'berputih mata' sekadar berpuas hati menumpang gembira kawan-kawan.

Anak cucu P. Ramlee misalnya, meraih royalti seniman agung itu hanya bersandarkan kepada karya ciptaan muzik. Untuk royalti filem langsung tidak ada, kerana tidak ada sebarang peruntukan undang-undang untuk bidang berkenaan turut mendapat royalti khusus.

Sampai bila keadaan ini akan berlarutan? Apakah memang di Malaysia ini, nasib insan seni yang bernaung di bawah payung 'seni lakon' selamanya terpinggir akan hak mereka?

Terbaru, kita sudah hampir ada jawapannya.

Bagi memastikan pelakon di negara ini mendapat hak yang serupa, kita melihat sudah ada usaha untuk memulakannya.

Selepas laungan berani yang disuarakan banyak pelakon pada sesi Himpunan Bintang-Bintang anjuran Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dan akhbar Kosmo! pada Mei lalu, ia tidak terhenti di situ sahaja.

Satu perbincangan secara telus sekali lagi telah dianjurkan pihak MyIpo dengan dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perjumpaan secara santai itu turut dihadiri oleh hampir 20 artis-artis muda yang sekaligus menyatakan sokongan mereka terhadap usaha yang sedang dilaksanakan itu.

Antaranya Zizan Nin, Fizz Fairuz, Lisa Surihani, Tasha Shila, Jehan Miskin, Siti Saleha, Beego, Zed Zaidi dan Ramona Zam-Zam.

Menurut Ismail Sabri, pihaknya akan memberi perhatian yang serius dalam memastikan usaha menubuhkan badan itu dapat dijalankan.

"Apa yang penting golongan artis mestilah bersatu. Selama ini artis kurang sepakat sebab itu usaha mereka dalam memperjuangkan hak sering kali terbantut.

"Pihak kementerian bersetuju untuk membantu golongan artis dan berharap penubuhan badan khas memungut royalti bagi pelakon dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Cuma mereka haruslah bersatu serta menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menuntut hak masing-masing," katanya.

Sementara itu, khabar lebih hebat lagi, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedang dalam usaha untuk menubuhkan Malaysia Screen Actors Guild Berhad (MSAGB) pada penghujung tahun ini.

Presidennya, Zed Zaidi memberitahu, penubuhan badan itu bertujuan untuk merealisasikan impian sebahagian besar pelakon di negara ini mendapatkan hak masing-masing.

"Jika selama ini para artis tidak mendapat satu sen pun royalti daripada keuntungan penerbit, kita mahu merubah keadaan.

"Melalui agen kutipan khas bagi pelakon seperti ini, pendapatan para pelakon boleh bertambah, sumber daripada penyiar-penyiar tempatan seperti Astro, Media Prima, RTM serta penyiar IPTV," katanya.

Jelasnya, badan itu bukan sahaja bertindak sebagai ejen kutipan royalti. Malah turut berfungsi untuk menjaga kebajikan artis termasuklah hak-hak berkaitan gaji, kesihatan dan suasana pekerjaan.

Sekadar catatan, di United Kingdom, melalui Artiste Equity dan International Federation of Actor, hak-hak pelakon-pelakon mereka dipantau diseluruh dunia.

Sementara Screen Actors Guild di Amerika Syarikat pula menyediakan hak-hak pencen dan skim perubatan. Ini termasuk kemudahan royalti berbentuk aset selepas kematian serta kemudahan mendapatkan perlindungan antarabangsa melalui Global Rule One.

Semua yang bergelar pelakon perlu menyokong usaha yang sedang dijalankan ini dan menyahut seruan supaya bersatu dalam memperjuangkan hak.

Percayalah, kalau asyik bergaduh sesama sendiri, sekadar banyak bercakap, apa pun tak dapat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.