VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 07/08/2012

Laris kerana Olimpik

PHILLIP Phillips terus menikmati kejayaan menerusi lagu kemenangannya, Home.

HANYA berlandaskan sebuah lagu sahaja, rezeki Phillip Phillips mencurah-curah, walaupun pada awalnya dia merasakan lagu Home bukanlah sesuatu yang lahir dari jiwanya.

Selepas berjaya terjual sebanyak 278,000 salinan pada minggu pertama ia dilancarkan, penjualannya meningkat.

Selalunya untuk mana-mana juara American Idol yang mengecapi penjualan lagu yang memberangsangkan, angka itu akan terus jatuh pada minggu-minggu selepas itu, tetapi, berlainan pula dalam kes Phillips.

Semuanya kerana lagu itu dimainkan dalam salah sebuah segmen acara gimnastik untuk pasukan Amerika Syarikat sempena Olimpik London 2012, baru-baru ini.

Menurut syarikat rakaman yang dinaungi Phillips, Interscope Records, lagu itu berjaya terjual sebanyak 105, 725 salinan minggu lalu - peningkatan sebanyak 1,100 peratus.

Dijangkakan jumlah itu mampu mencapai sehingga 200,000 salinan pada penghujung minggu ini sekali gus melayakkan l Home menjadi lagu paling laris tahun ini.

"Jika sebelum ini ada yang tidak mengenali siapa saya tetapi kini mereka mula sedar siapa saya apabila Home di mainkan di acara dunia itu.

"Benar. Lagu itu bukanlah sesuatu yang akan saya tulis kerana bukan jiwa saya yang sebenarnya.

"Tetapi, ia mempunyai semangat tersendiri sehingga saya berasa teruja setiap kali memainkannya," katanya dalam nada teruja kepada Entertainment Weekly.

Sementara itu, Phillips memberitahu dia sudah pun merakamkan beberapa buah lagu yang ditulis sendiri untuk album pertamanya.

Dijangka akan berada di pasaran menjelang penghujung tahun ini, gaya muziknya akan lebih terarah kepada rock, jazz dan akustik yang melambangkan dirinya sebenar.

Bulan lalu, jejaka kacak ini telah menerima anugerah emas berikutan penjualan lagu Home yang berjaya terjual sebanyak 500,000 salinan. Sehingga kini, Home sudah terjual lebih 617,000 di Amerika Syarikat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.