ARKIB : 06/08/2012
Bagai seorang bayi
JIKA selama ini kita mengenalinya sebagai Snoop Dogg, kini rapper popular itu mahu tukar namanya kepada Snoop Lion selepas melawat Jamaica, Februari lalu.
Penyanyi yang nama asalnya, Calvin Cordozar Broadus, Jr., 41, menggunakan nama komersial Snoop Doggy Dogg pada awalnya, kemudian mahu dikenali sebagai Snoop Dogg sebelum memilih Snoop Lion.
"Terasa seperti baru dilahirkan semula sewaktu berkunjung ke Jamaica. Bukan sekadar tukar nama, saya juga sudah bersedia menghasilkan muzik untuk anak-anak dan datuk nenek mendengar," katanya.
Lagu-lagunya itu akan dimuatkan dalam album berjudul Reincarnated yang bakal berada di pasaran musim gugur nanti.
Pada sidang akhbar yang diadakan di New York baru-baru ini, dia telah memperdengarkan lima buah lagu termasuk lagu No Guns Allowed yang turut menampilkan anak perempuannya.
Selepas album, penyanyi itu akan menghasilkan sebuah dokumentari yang menggunakan tajuk yang sama. Dalam dokumentari itu dipaparkan kisah perjalanan hidup rapper berkenaan.
"Dokumentari itu akan dibawa ke Festival Filem Antarabangsa Toronto, September ini," kata produser dokumentari berkenaan.
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









