VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 06/08/2012

Sudah lama tak kerja

Sebelum bertudung lagi, Abby pernah mempertikaikan kenapa Memey Suhaiza lebih banyak mendapat peluang pekerjaan berbanding dirinya.

KAMI memerhatikan akhir-akhir ini semakin banyak kata-kata 'kurang manis' keluar di bibir pelakon yang sudah pencen, Abby Abadi.

Terbaru, soal artis bertudung yang tidak diberi peluang untuk mencari makan di negara ini. Kata Abby, hanya dengan 'menumbangkan' kerajaan sekarang, artis-artis bertudung mendapat lebih banyak rezeki.

Kelakar pun ada, hendak tergelak pun ada. Nampak sangat cetek pengetahuan dan ilmu bekas pelakon Gerak Khas ini rupanya. Datuk Yusof Haslam pun mungkin malu dengan kenyataan bekas anak buahnya ini, kami agak.

Bagi kami, eloklah Abby tanya kepada Wardina Saffiyyah, Sheila Rusly dan Ramlah Ram. Tanya mereka bagaimana cara untuk kekal laris. Malu nak tanya senior, tanyalah adik-adik bertudung seperti Diana Emir, Heliza Helmi dan Ana Raffali macam mana cara hendak berbaik-baik dengan orang.

Ini perlu supaya diri disukai. Bila orang suka kita, bermanis mulut kala bicara, banyaklah rezeki yang datang, dengan izin Allah.

Abby kurang diberi peluang bekerja bukan selepas dia memilih imej bertudung, kami ada buktinya.

Sebenarnya sudah sekian lama dia tidak mendapat banyak tawaran pekerjaan. Beberapa tahun sebelum bertudung lagi sebenarnya, tidak banyak penerbit yang 'berani' bekerjasama dengan Abby.

Buktinya, banyak luahan perasaan Abby itu telah ditulis dalam akhbar. Ketika itu, Abby mengadu, mengeluh dan kesal kerana dia tidak dapat banyak 'job'. Malah Abby turut mempertikaikan dan menyoal, kenapa Memey Suhaiza yang kini menjadi isteri kepada bekas suaminya, Norman Hakim lebih menjadi pilihan penerbit.

Kata Abby, Memey yang pernah ditangkap khalwat pun orang bagi banyak tawaran, kenapa ibu tunggal sepertinya dipandang sepi? Agaknya, Abby sendiri lupa, hal itu pernah ditulis dalam akhbar dan diberitahu kepada rakan wartawan.

Abby, anda patut melihat ke dalam diri sendiri, cari kelemahan dan carilah jalan penyelesaian. Mungkin sikap kita sendiri, membuatkan orang tak suka bekerja dengan kita, bukan kerana bertudung atau tidak.

Elakkan sikap selalu mencari salah orang atau suka bergaduh. Selalulah amalkan cara berfikir jauh terlebih dahulu sebelum bercakap, pasti kita disukai oleh pihak lain.

Kepada Abby, kalau tengok YouTube tu, selalu-selalu juga lihat kenyataan dan nasihat orang lain, pihak yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Ini supaya Abby tidak jauh tersasar dan boleh realistik.

Antaranya, kami memetik kata-kata Ustaz Khazim Elias yang bagus untuk dijadikan pengajaran.

"Tak kira siapa, baru dua hari pakai tudung sudah jadi ustazah. Adakah semudah dan semurah itu agama kita?

"Kalau betul kita berhijrah, kalau betul bertaubat pergilah berguru. Pergilah belajar dan tambah ilmu dengan guru muktabar. Barulah nampak perjuangan yang betul-betul kerana agama."

Kami percaya Abby tidak akan marah-marah kerana teguran ini sangat ikhlas.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.