VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 06/08/2012

Bila Alyah terbuka

ADA yang beranggapan Alyah kini bukan sahaja semakin berani tetapi juga terlalu jujur memperkatakan tentang rahsia hatinya.

Jika dilihat, ini merupakan antara perkara terbesar yang pernah dikongsikan penyanyi ini dengan umum. Sebelum ini dia lebih banyak berahsia akan kisah peribadinya.

Cuba mengorek apa sebenar yang cuba disampaikan penyanyi berusia 31 tahun itu, Alyah berkata, bukan niatnya untuk memberikan konklusi kepada hubungan yang baru berputik tetapi sekadar sebuah pengakuan jujur dari dirinya mengenai hubungan tersebut.

"Saya hanya menjadi jujur menerangkan apa yang berlaku. Saya rasa itu sesuatu yang normal.

"Lagipun saya bukan mengakui saya sedang bercinta. Saya cuma berkata sedang mengenali seseorang," katanya yang sedang hangat dikaitkan bercinta dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, 52.

Dicuit soal perkahwinan, menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, dia tidak sesekali menolak jodoh. Namun buat masa ini fokusnya lebih kepada karier.

"Saya tidak menolak jodoh. Kalau dia datang saya akan menerimanya.

"Cuma buat masa ini soal perkahwinan masih belum difikirkan. Lagi pula saya masih sibuk dengan single terbaru saya berjudul Lena Sahara," jelasnya.

Ketika para peminat sibuk meneka tarikh hari bahagia penyanyi itu yang kononnya dijadualkan tahun hadapan, Alyah pula memberitahu, apa yang pasti belum ada perancangan mengenai hari bahagia itu.

Ini kerana katanya, fokus utama tahun hadapan lebih kepada mengadakan mini showcase buat para peminatnya di seluruh negara.

"Impian saya sejak dahulu adalah untuk mengadakan mini showcase. Saya harap itu dapat direalisasikan tahun hadapan.

"Memandangkan saya menguruskan semuanya sendiri, bebannya mungkin agak berat untuk.Soal perkahwinan pula masih belum difikirkan.

"Bagaimanapun seperti yang saya katakan tadi jika jodoh datang saya tidak akan menolaknya," katanya ketika di temui untuk rakaman program hari raya di Angkasapuri , Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya persepsi ibunya mengenai pilihan hatinya, menurut Alyah, tidak banyak yang diharapkan ibunya selain mendoakan yang terbaik.

"Tidak banyak permintaan dari ibu saya. Nasihatnya hanya satu jangan sesekali mengambil hak orang, walau sakit macam mana pun kita, jangan sakitkan orang lain," katanya.

Kurus demi klip video

Kegigihan gadis ini dapat dilihat melalui pencapaiannya dalam industri. Mana tidaknya, memilih untuk bergerak sendiri, Alyah mengakui merasai kesukarannya.

Bagaimanapun demi kepuasan hati, dia memilih untuk mengambil bahagian dalam setiap percaturan kerjayanya.

"Selama empat tahun ini saya bekerja tanpa henti sehingga memberikan kesan kepada suara saya sendiri.

"Justeru mengikut nasihat doktor, saya akan mengambil cuti panjang sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

Kali pertama mengambil cuti panjang setelah empat tahun bertungkus lumus, menurut Alyah selain mahu berehat, dia juga mahu pastikan keadaannya benar-benar bersedia untuk meneruskan promosi single terbarunya selepas menyambut lebaran nanti.

Malah wanita ini turut menafikan, keputusan itu adalah kerana dia cuba lari dari mana-mana kontroversi.

"Saya akan bercuti sehingga raya. Dalam waktu itu saya tidak akan menerima sebarang tawaran. Dan secara jujurnya bukan niat saya untuk lari dari mana-mana kontroversi, saya bukan jenis orang begitu.

"Saya memang ada masalah tulang belakang selepas terlibat dengan kemalangan beberapa tahun lepas. Selain itu suara saya juga memerlukan rehat. Oleh itu saya memang memerlukan cuti yang panjang," jelasnya.

Melihat penampilannya kini yang semakin kurus menurut Alyah, beratnya kini menurun daripada 52 kilogram kepada 44 Kilogram.

Mengakui selesa dengan berat badannya kini, itu juga sebenarnya berkait rapat dengan pembikinan video klip terbaru untuk single Lena Sahara.

"Saya mahu kelainan untuk video klip ini. Jadi penampilan juga harus berbeza dari video klip lain.

"Selepas raya, saya akan berada di Jakarta untuk penggambaran video klip ini dan pengarah untuk video klip ini nanti merupakan orang sama yang pernah mengarahkan video klip Tak Mungkin Kerna Sayang empat tahun lalu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.