ARKIB : 05/08/2012
Ajai bergelar Datuk?
JOYAH dapat tahu yang komposer terkenal tanah air, Ajai bakal dianugerahkan gelaran Datuk tak lama lagi. Sama seperti Datuk M. Nasir, Datuk Ramli MS yang pernah dianugerahi gelaran yang sama sebelum ini.
Joyah dapat tahu ini pun dari sumber yang dipercayai. Bila dapat tahu saja, Joyah terus tepuk tangan sebab seorang lagi anak seni tempatan mendapat pengiktirafan berbentuk darjah kebesaran daripada kerajaan.
Joyah pasti juga Ajai bakal mengikut jejak karyawan seni sedia ada yang sudah pun bergelar Datuk untuk terus memberi sumbangan dalam industri muzik tanah air. Banyak lagu-lagu ciptaan Ajai yang sedap-sedap belaka. Joyah tahu ramai yang suka bukan.
Untuk dapatkan pengesahan cerita ini, Joyah cubalah hubungi Ajai lewat malam Khamis lalu nak ucap tahniah. Tapi malangnya dia tak angkat pun telefon itu. Apa pun, Joyah berharap lepas ini ramai lagi orang luar membuka mata seluas-luasnya untuk menghargai karya seni tempatan kita. Sebenarnya ada ramai lagi yang berbakat besar dan layak diberikan anugerah sedemikian rupa.
Jadi, esok-esok bila dah pasti dijemput menghadiri majlis penganugerahan tu, jangan lupa pula bagi tahu Joyah dan rakan-rakan lain. Buat kenduri doa selamat raikan hari berbahagi a itu. Semoga berjaya Ajai!
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









