ARKIB : 03/08/2012
Mahu terus berlakon
MEMEGANG status sebagai seorang bapa sejak penghujung bulan Mei lalu banyak merubah corak kehidupan penyanyi dan komposer muda ini.
Jika setahun yang lalu, hidup Tomok hanya bersama isteri, Siti Rahayu Abas tetapi kini mereka bertiga selepas kehadiran anak sulung mereka, Arrianshah Akid yang kini sudah pun berusia dua bulan.
Sesungguhnya kata Tomok, dia sendiri sudah tidak sabar lagi hendak menyambut Syawal yang semestinya akan memberikan pengalaman baru buatnya sebagai ayah.
"Tahun ini, saya akan pulang beraya ke kampung halaman di Rembau dan Palong, Negeri Sembilan. Sudah pasti, anak saya akan menjadi tumpuan kali ini.
"Dari segi persiapan, tidak adalah sangat pun sebab anak pun masih kecil. Tapi saya dan isteri akan tetap menyediakan beberapa helai pakaian untuknya," kata Tomok penuh teruja.
Tomok ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, The8Unit dan syarikat rakaman, Monkey Bone di Restoran Bora Asmara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengenai aktiviti seninya dalam bulan Ramadan ini, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata, dia mengambil peluang itu untuk berehat sepenuhnya.
Memandangkan semua rakaman program televisyen telah disempurnakan sebelum puasa lagi, tumpuan Tomok hanyalah untuk bersama keluarga.
"Kalau ada pun, saya akan memenuhi jemputan untuk majlis berbuka puasa. Jika tidak, saya lebih selesa di rumah," jelasnya yang mula menempa kemasyhuran menerusi lagu Sejarah Mungkin Berulang bersama kumpulan New Boyz pada akhir tahun 90-an.
Dalam masa yang sama, ada yang beranggapan kegagalan filem Mantera mencatatkan kutipan pecah panggung membuatkan Tomok berputus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
Mana tidaknya. Filem pertama lakonannya itu yang ditayangkan pada 17 Mei lalu hanya mencatatkan kutipan tiket sebanyak RM350,000 sahaja,
Tetapi bagi tuan empunya diri, dia lebih selesa mengambil sikap optimis.
Sambil menyifatkan Mantera adalah sebagai langkah baru untuk dirinya yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia lakonan.
"Mantera adalah filem pertama saya. Sudah pasti, sebagai orang baru, masih banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki. Apa yang berlaku saya melihatnya sebagai resam dalam dunia seni.
"Apa pun ia adalah satu pengalaman baru untuk saya yang sudah 'jatuh cinta' dengan bidang ini," ujarnya bersungguh.
Pun begitu, bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia ini terus mengharap tuah menerusi filem keduanya, Istanbul Aku Datang yang bakal ditayangkan penghujung tahun ini.
Dalam masa sama, Tomok juga sedang mencari material baharu untuk album solo keduanya. Sebelum itu, sebagai pembuka selera, lagu Aku Datang ciptaannya sendiri sudah pun diputarkan di corong radio.
Mula diberi kepercayaan
Beyonce berjaya
Nyonya & The Gang menggeletek cara nakal
Anugerah Blokbuster 2
Filem adaptasi novel tiada harapan
Penulis novel perlu dihargai
Teater minat, menyanyi hobi
Popularkan fesyen bertudung
Kisah cinta Hafiz
Sarimah kembali menyanyi
Oprah derma RM37.6 juta
Telefilem usahasama pertama Malaysia-Vietnam
Selepas 4 tahun, teater Putera Salang Ur akhirnya dipentaskan
Darah muda Heart-A-Tack berbisa
Kim Jae-won bakal kahwin
Wings, aktiviti skuba
Konsert Enjoy Jakarta malam ini
Kurang dikenali
Kecewa trend lagu cinta
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










