ARKIB : 01/08/2012
Keroncong Merdeka di DFP
SEMPENA sambutan hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos depan, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) akan menganjurkan sebuah konsert bertemakan Keroncong Merdeka.
Dijayakan oleh bintang hebat seperti Datuk Yusni Hamid dan Datin Paduka Julie Sudiro serta penyanyi remaja Jamilah Abu Bakar, ia bakal mengukir satu tanda aras baru buat lagu tradisonal keroncong.
Diiringi persembahan orkestra di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose antara lagu malar segar yang bakal didendangkan termasuk Sayang Di Sayang, Selamat Tinggal Bungaku, Kenang Daku Dalam Doamu, Uda & Dara, Kucupan Azimat dan Putera Puteri.
Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS juga bakal berkolaborasi dengan beberapa penyanyi seperti Datuk David Arumugam daripada kumpulan Allecats, Jay Jay (Carefree) dan Fredo (Flybaits) menggegarkan pentas DFP dengan pelbagai lagu rentak 70-an dan 80-an menerusi konsert MPO Goes Retro pada 1 September.
Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuk Hingga Akhir Nanti, Senandung Semalam, Kerana Kau, Sampaikan Salam, Sekuntum Mawar Merah dan Seribu Bintang oleh David Arumugam serta Dendangan Laguku dan Rindu Bayangan (Jay Jay) dan Kenangan Lalu (Fredo).
Persembahan itu diadakan bersempena Seni Festival DFP, sebuah pesta keraian yang menyajikan muzik ekstravaganza dalam perayaan seni dan budaya selama satu minggu. Ia juga bagi meraikan ulang tahun ke-15 Musim Konsert DFP.
Bakal diadakan selama seminggu festival itu akan dimulakan dengan persembahan Professional Cultural Center Orchestra di bawah pimpinan Chen Kham Chien pada 30 Ogos 2012. Bertemakan An Oriental Journey, ia bakal mempersembahkan lagu-lagu etnik Cina klasik dan kontemporari yang digubah dalam bentuk orkestra.
Festival bakal diakhiri dengan dua konsert istimewa bertemakan MPO And Friends pada 2 September. Ia diadakan serentak dengan Hari Terbuka MPO dan akan menyajikan muzik klasikal popular dengan kolaborasi MPO dan ensembel tempatan di bawah pimpinan Woon Wen Kin dan Eugene Pook.
Untuk keterangan lanjut layari laman web DFP/MPO: www.dfp.com.my dan www.mpo.com.my.
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









