ARKIB : 31/07/2012
Sheeda, Linda berniaga
TAK ada angin, tiba-tiba sahaja Sheeda yang popular dengan lagu Angkat Kaki kata sekarang dia melakukan perniagaan bersama komposer Eddie Hamid.
Mereka bukan menjadi ejen menganjurkan persembahan pentas untuk artis tetapi menjual tapak perniagaan kepada orang ramai dan selebriti.
Kata Sheeda, tapak perniagaan yang menawarkan harga murah untuk orang ramai dan percuma kepada artis yang ingin berniaga itu terletak di Bazar (Selebriti) Uptown Pelabuhan Klang, Selangor.
Mereka bergandingan dengan Norerdawati Johari yang sudah berpengalaman mengurus bazar di situ.
"Saya dengan Eddie sudah kenal lama kerana kami sekampung. Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan dia dalam bidang perniagaan. Kalau kerjasama dalam bidang seni sudah biasa.
"Dengan Wati (Norerdawati) pula sebab saya tengok dia jujur dan hasil pendapatannya disalurkan kepada badan kebajikan, itu yang membuatkan saya tertarik untuk terima pelawaannya," kata Sheeda ketika berkunjung ke studio Utusan Malaysia, di ibu negara baru-baru ini.
Jelas Sheeda, tugasnya seperti pegawai perhubungan awam yang melakukan promosi untuk menarik perhatian pengunjung. Bagi membantunya melakukan promosi dan menarik lebih ramai pengunjung, Sheeda mendapat bantuan daripada Linda kumpulan Eva.
"Gerai saya menjual pelbagai jenis biskut dan kek serta barangan wanita. Ini bukan kali pertama saya berniaga di bazar. Berniaga di bazar memang menguntungkan tapi kena selalu pantau.
"Kalau gerai itu nama kita, mestilah berada di gerai selalu untuk melayan pembeli. Selain membuat promosi, saya dan kak Sheeda akan mengundangkan artis lain untuk membuat persembahan yang bermula pada pukul 10 malam," cerita Linda yang sudah lapan tahun berniaga.
Turut berniaga di Uptown Pelabuhan Klang adalah Asheed Def Gab C dan Zarina Zainoordin.
Kata Linda, aktiviti di Uptown Pelabuhan Klang bukan tertumpu pada perniagaan semata-mata tapi ada juga majlis merai mereka yang kurang berupaya.
"Setiap minggu ada pelbagai acara yang akan dianjurkan seperti berbuka puasa dengan anak-anak yatim, selain persembahan pentas oleh artis undangan," tambah Linda.
Bagi yang ingin berjinak dengan dunia perniagaan di bazar bolehlah menghubungi Wati di talian 012-6149688 atau Bob (017-8708759).
Penulis novel perlu dihargai
Teater minat, menyanyi hobi
Popularkan fesyen bertudung
Kisah cinta Hafiz
Sarimah kembali menyanyi
Oprah derma RM37.6 juta
Telefilem usahasama pertama Malaysia-Vietnam
Selepas 4 tahun, teater Putera Salang Ur akhirnya dipentaskan
Darah muda Heart-A-Tack berbisa
Kim Jae-won bakal kahwin
Wings, aktiviti skuba
Konsert Enjoy Jakarta malam ini
Kurang dikenali
Kecewa trend lagu cinta
Tak mahu ditaja
Hafiz teruja
Aniston tangguh kahwin
Pee Mak
Scha belajar jadi pengacara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










