ARKIB : 31/07/2012
Prism perjuang royalti 50-50
di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SELAMA ini, syarikat rakaman atau penerbit mengaut lebih separuh daripada royalti atas penggunaan sesebuah lagu, album dan klip video yang digunakan di tempat-tempat awam di negara ini. Sedangkan para karyawan di belakang tabir terutamanya penyanyi dan pemuzik seolah-olah tidak boleh menuntut hak atas sumbangan mereka terhadap produk-produk itu.
Menyedari akan penindasan secara terhormat itu, syarikat Pengutip Royalti Persembahan dan Hak Artis (Prism Malaysia Sdn. Bhd.) bingkas memperjuangkan agihan royalti yang lebih adil kepada semua pihak yang terbabit dalam sesebuah produk fonogram. Prism kini aktif menggerakkan perjuangan bagi memperolehi hak agihan royalti itu sehingga 50 peratus untuk ahli-ahlinya.
Menurut Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu, setakat ini royalti ahli-ahli Prism seramai 1,306 dikutip melalui syarikat Persembahan Awam (Malaysia) Sdn. Bhd. atau PPM. Daripada kutipan itu, PPM yang mewakili pihak syarikat rakaman dan produksi muzik hanya sudi berkongsi sekitar 10 peratus pendapatan royalti yang mereka kutip untuk diagihkan kepada ahli-ahli Prism.
"Tahun lalu Prism hanya diberi RM4,050,000 atau sekitar 10 peratus daripada royalti keseluruhan yang telah dikutip oleh PPM yang mewakili kami dalam kutipan itu. Agihan royalti itu lebih memihak kepada syarikat-syarikat rakaman yang diwakili oleh PPM. Sedangkan di negara-negara maju agihan itu dibahagikan sama rata antara dua pihak terbabit," katanya kepada Hits baru-baru ini.
Pada pertemuan selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Cek Royalti Ahli-Ahli Prism Untuk Tahun 2011 di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur itu, Prism telah menyerahkan kutipan royalti kepada lebih 500 ahli-ahlinya. Hadir sama ialah Pengerusi Prism, Datuk Aziz Bakar dan Pengerusi Majlis Muzik Malaysia, Datuk A. Rahman Hassan.
Sehubungan itu, Prism kini sedang mendapatkan bantuan dan sokongan daripada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) bagi membantu syarikat itu mendapatkan hak-hak kutipan royalti untuk ahli-ahlinya. Bagi memperjuangkan agihan royalti 50 - 50 itu, Prism akan menggunakan peruntukan Artikel 15 (1) dan 15 (2) seperti yang telah digunapakai oleh WIPO di 89 buah negara.
Jelas Peng Chu, dalam artikel yang dipersetujui oleh WIPO pada Perjanjian Persembahan dan Fonogram di Konvensyen Rome di Itali tahun 1996, pertubuhan itu telah menawarkan hak lanjutan perlindungan eksklusif untuk para pelaku sesebuah produk fonogram. Ia termasuklah dalam konteks teknologi digital, Internet dan telekomunikasi agar hak-hak para pelaku terbabit terpelihara.
"Hasil daripada kaedah yang telah diperkenalkan oleh WIPO itu, 89 negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis telah mengguna pakai kaedah itu dan ia turut diiktiraf oleh undang-undang di negara tersebut. Jika kaedah itu diguna pakai di negara ini, maka taraf hidup golongan artis akan lebih baik di masa depan," jelasnya bersungguh-sungguh.
Berat sebelah
Majlis Muzik Malaysia yang menaungi Prism turut melahirkan rasa sedih apabila agihan royalti itu bukan sahaja berat sebelah. Malah A. Rahman Hassan yang ditemui turut kesal apabila Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) ditubuhkan baru-baru ini. Penubuhan itu katanya, seolah-olah mahu menyaingi fungsi yang telah dijalankan oleh Prism selama ini.
Katanya, terpulang kepada ahli-ahli sama ada mereka mahu terus memberi kepercayaan Prism selaku wakil pengutip royalti mereka atau syarikat itu mungkin akan dibubarkan. Keputusan itu tidak mustahil diputuskan memandangkan adanya RPM yang terletak di bawah PPM yang dikatakan mempunyai fungsi sama dengan Prism.
"Saya anggap penubuhan RPM sengaja dirancang bagi menghalang Prism mendapatkan hak agihan royalti yang lebih banyak daripada kutipan yang telah dilakukan oleh PPM. Paling teruk kerana tekanan daripada pihak-pihak tertentu, sejak awal tahun ini PPM tidak dapat mengutip royalti untuk ahli-ahli Prism sehingga kini. Ini bermakna tahun depan ahli-ahli Prism tiada royalti," ujarnya.
Saldana lebih selesa ramai rakan lelaki
Konsert 'Apo Kono Eh Jang' dibanjiri peminat
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









